Seorang pejalan kaki maut dirempuh kereta dipandu oleh Im Seulong 2AM

Image may contain: 1 person, selfie and closeup

Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kereta yang dipandu oleh Im Seulong 2AM ketika mangsa sedang menyeberangi jalan pada 1 Ogos 2020.

Menurut laporan daripada Star News pada 4 Ogos 2020, kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat pada tengah malam semalam di Seoul di mana kereta yang dipandu oleh Im Seulong telah merempuh seorang pejalan kaki yang sedang menyeberangi jalan secara tiba-tiba. Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan Seulong telah pun ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Im Seulong merupakan ahli kumpulan 2AM sepenuh masa dan pernah berlakon di dalam beberapa buah drama seperti MBC Personal Taste, MBC Hotel King dan tvN Hogu’s Love.

Baru-baru ini,Seulong dan Kei LOVELYZ berduet di dalam lagu berjudul ‘Female Friend’.

Sumber: star news

loading...