Im Seulong 2AM mohon maaf kepada keluarga mangsa di atas kemalangan yang menyebabkan kematiannya

Image may contain: 2 people, car and outdoor

Im Seulong membuat permohonan maaf secara rasmi di atas kemalangan yang tidak disengajakan sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh agensinya, Jellyfish Entertainment, Im Seulong membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa dan mendoakan semoga mendiang diabadikan dengan aman.

“Pada tengah malam 1 Ogos lalu, Im Seulong sedang memandu keretanya dalam keadaan hujan lebat. Dengan tidak semena-mena, seorang pejalan kaki cuba menyeberangi jalan lalu dirempuh kereta yang dipandu olehnya. Im Seulong cepat-cepat bertindak dalam keadaan penuh cemas ketika itu tetapi malangnya, mangsa meninggal dunia sebaik saja dia dikejarkan ke hospital. Seulong ditahan oleh polis untuk membantu siasatan dan beliau kini masih lagi trauma,” kata jurucakap agensi itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh balai polis Seobu Seoul, Im Seulong didapati memandu SUV sewaktu hari sedang hujan sebelum merempuh seseorang pada jam 11.50pm (waktu Korea) yang cuba menyeberangi jalan ketika lampu isyarat pejalan kaki masih merah menyala. Polis sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran Akta Lalu Lintas samada Im Seulong pernah memandu dalam keadaan laju ketika hari kejadian walaupun telah pun mengesahkan Im Seulong tidak memandu dalam keadaan memabukkan.

Sumber: spottvnews

loading...