Berharap tiada kumpulan kpop wanita mampu atasi mereka, (G)I-DLE mahu tawan Korea kali ini dengan DUMDi DUMDi pula

Image may contain: 6 people, people standing, people dancing and shoes

Setelah kejayaan ‘Oh My God’, (G)I-DLE kembali dengan single dan album terbaru, DUMDi DUMDi pada hari ini, 3 Ogos 2020.

(G)I-DLE’ mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi antara antara kumpulan kpop wanita yang meraih jualan album tertinggi pada pertengahan tahun 2020 selepas IZ*One, TWICE, dan Blackpink menerusi album EP ketiga, ‘I Trust’ dengan jualan sebanyak 112,000 unit seminggu menurut Hanteo sekaligus meraih no.1 di dalam carta mingguan album Gaon. ‘I Trust’ melahirkan single hasil nukilan Minnie, ‘Oh My God’ , yang kedengaran sedikit kontroversi berikutan liriknya yang dikatakan berkait dengan konsep ketuhanan tetapi akhirnya diterima ramai peminat kerana bersifat luar biasa.

Baca lagi:  (G)I-DLE tewaskan Changmin, Suho, WINNER & BTS dalam perebutan album terlaris pada minggu ini

Dari atas kiri hingga ke bawah kiri: Soyeon, Minnie (Thailand), Soojin, Yuqi (China) ,Miyeon, dan Shuhua (Taiwan).

Manakala, taruhan single terbaru ini pula, DUMDi DUMDi lebih bersifat universal dengan lirik yang kedengaran lebih menghiburkan. Ia mendapat sentuhan Soyeon pula selaku penulis lirik serta paduan suara hebat daripada Miyeon dan Minnie dalam menyemarakkan lagi melodi lagu musim panas ini. Kata Soyeon, “Saya rasa musim panas agak bersesuaian dengan jiwa muda. Sifat keremajaan pula memerlukan perasaan menyegarkan dengan nyalaan api marak di bawah deruan angin supaya mereka dapat merasai musim panas dan jiwa muda pada masa yang sama.” Manakala Soojin selaku pereka visual berkonsep untuk kumpulan itu sudah pun menyediakan beberapa foto dengan wajah masa silam supaya menampakkan keunikan musim panas menerusi (G)I-DLE.

Menceritakan kejayaan mereka mengadakan konsert solo pertama, I-LAND: WHO AM I meskipun sekadar ‘online’ saja, mereka menilai diri-sendiri dengan berapa markah harus diberikan persembahan masing-masing di atas pentas. Soyeon berkata, “Saya bagi 5/5 untuk diri sendiri. Ada macam-macam saya mahu tunjukkan masa jadi pelatih, dan ada hadnya ketika buat persembahan di atas pentas. Akhirnya saya dapat jumpa pentas untuk saya persembahkan dengan baik sekali.”

Baca lagi: (G)I-DLE kembali mengegarkan industri kpop dengan “Senorita”

Yugi pula menyampuk sambil berkata, “5 markah tak cukup. Jika korang tengok persembahan kami, pasti dapat lihat diri saya yang lebih berbeza.  Orang ramai tak tahu sebenarnya saya vokalis utama. Masa itu juga saya tunjukkan kemahiran sebagai penyanyi buat pertama kali.” Kenyataan Soyeon turut disokong oleh Shuhua sambil berkata, “Saya layak bagi 5 markah untuk diri sendiri. Pabila saja tengok di monitor, saya jatuh cinta dengan diri-sendiri.”

Akhir sekali, Soojin berharap sesuatu yang positif buat kesinambungan (G)I-DLE . “Saya berharap kami dapat no.1 di dalam carta muzik dan  bergelar dengan kata-kata bahawa kami, kumpulan yang “tiada orang lain mampu saingi,” katanya.

DUMDi DUMDi telah pun berada di pasaran sejak jam 5 petang tadi.

Sumber: ytn

loading...