Dulu hanya mampu berangan dengan kereta mainan saja, kini Taehyung BTS bangga miliki kereta mewah idaman!

Image may contain: one or more people and people sitting, text that says 'ITS 방탄소년단 @BTS_twt 오빠 하나 뽑았다~v 2014년 09월 23일 11:35'

Taehyung BTS baru-baru ini dilaporkan telah membeli kereta idamannya yang dimpi-impikan sejak sekian lama, iaitu Hyundai Genesis Gv80 setelah berkesempatan menjadi duta Hyundai bersama ahli-ahli BTS lain.

 

Berita pembelian tersebut telah mengundang perhatian peminat ARMY yang sentiasa mengikuti perkembangannya sejak penyanyi itu ‘debut’ pada tahun 2013 lagi. Taehyung pernah menciapkan foto kereta mainan berwarna jingga di dalam laman twitter BTS pada 23 September 2014 sambil kapsyen yang berbunyi, “Saya dah dapat seorang peneman, kereta mini jingga ini.” Taehyung kemudiannya dibalas oleh peminat, “Comel. Kamu nak beli ke? Saya pun nak beli kereta itu satu hari nanti. Ayuh kita dapatkan lesen secepat mungkin.”

Pada 31 Julai lalu, Taehyung yang berminat dengan model Genesis GV80 keluaran Hyundai itu tanpa ragu-ragu terus membelinya. “Saya bangga dengan reka bentuknya. Akhirnya saya beli juga kereta!,” katanya sambil memuat naik gambar GV80 tersebut.

Bercakap mengenai hobi Taehyung, penyanyi itu pernah menyatakan minat untuk mengembara dan memiliki kereta ketika sesi perjumpaan bersama peminat di Tokyo, Jepun pada tahun 2015. Ditanya samada beliau ada memiliki kereta mewah, Taehyung berkata, “Ya, Porsche, Ferrari dan Lamborghini.” Rupanya, ketiga-tiga jenama kereta yang dimaksudkannya itu ialah kereta mainan dimilikinya selama ini.

Mengimbau kembali kenangan Taehyung pernah ditanya oleh peminat tentang impiannya pada sepuluh tahun lalu, penyanyi itu berkata, “Impian saya mahu mempersembahkan sebuah kereta buat ayah dan emak supaya kami dapat mengembara bersama-sama.” Malah ketika sedang membintangi pembikinan iklan Palisades pada tahun 2019, Taehyung sempat berseloroh bahawa dia mungkin akan membeli kereta itu untuk ayahnya sekali lagi lantas menyebabkan peminat tersenyum melihat telatahnya.

Sumber: star news

loading...