(G)I-DLE tewaskan Changmin, Suho, WINNER & BTS dalam perebutan album terlaris pada minggu ini

(G)I-DLE, kumpulan kpop yang sudah dua tahun ditubuhkan, kini boleh menghela nafas lega.

Menerusi album EP ketiganya, I Trust, (G)I-DLE telah merekodkan jualan sebanyak 112,776 unit di dalam seminggu sejak dilancarkan pada 6 April 2020, menjadikan mereka kumpulan kpop perempuan terlaris selepas IZ*One untuk tahun 2020. Jualan album I Trust turut menundukkan “Chocolate” oleh Changmin TVXQ, “Remember” oleh WINNER, penyandang no.1 sebelum ini iaitu “Self-Portrait” oleh Suho, dan juga “Map of The Soul 7” oleh BTS mengikut turutan. Suho dan BTS masing-masing berada di dalam minggu kedua dan kelapan di dalam carta album Gaon memastikan penguasaan mereka di dalam top 10 album terlaris di Korea untuk sekian lamanya.

I Trust merupakan album keluaran (G)I-DLE pertama meraih kedudukan no.1 di dalam carta album Gaon setelah kedua-dua album mereka sebelum ini, “I am” dan “I Made” masing-masing sekadar meraih tempat ke-10 dan ke-2. Walaubagaimanapun, (G)I-DLE menunjukkan peningkatan jualan album yang sangat ketara saban tahun.

I Trust mengandungi empat buah lagu iaitu “Luv U”,”Maybe”,”Lion” dan “Oh My God” dijadikan sebagai single utama. Kesemua lagu ditulis sendiri oleh ketua kumpulan (G)I-DLE, Jeon So Yeon dengan kerjasama Yummy Tone menjadikan buah tangan ini sesuatu yang sangat istimewa buat peminat.

Saksikan video klip nyanyian mereka di bawah.

 

Sumber: gaon, hanteo

 

loading...