Macam abah dengan anak, ‘Count Your Lucky Stars’ lakonan Jerry Yan & Shen Yue undang kritikan netizen

Image may contain: 3 people

Drama ‘Count Your Lucky Stars’ lakonan Jerry Yan dan Shen Yue yang ditayangkan di Youko dan Mango TV mulai hari ini, mendapat kritikan netizen kerana menyangkakan lakonan mereka lebih kepada hubungan ayah dengan anak, berbanding cinta terjalin di antara dua orang berbeda usia.

Akibatnya, episod permulaan ‘Count Your Lucky Stars’ mendapat nilaian sangat rendah dengan 1 hingga 2 sahaja markah diberikan. Alasannya kerana jalan cerita yang dikatakan tidak berpaksikan pada realiti serta pemilihan pelakon yang jauh berbeza usianya. Kritikan hebat dibuat ke atas lakonan Jerry Yan terutamanya sebagai idol terlalu tua dan dianggap sebagai kegagalan kepada produksi drama kerana tiada perubahan tentang karakter yang dibawanya.

 

Jerry Yan (43 tahun) merupakan pelakon Taiwan yang terkenal dengan drama-drama seperti Meteor Garden dan Love, Never Forgetting manakala Shen Yue (23 tahun) pula ialah pelakon yang berasal dari tanah besar China dan terkenal menerusi drama A Love So Beautiful.

‘Count Your Lucky Stars’ ialah sebuah drama romantik komedi berkisarkan dua orang pasangan berbeda usia yang ditukarkan nasib mereka dalam satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Jerry Yan memegang watak Lu Xing Cheng, seorang idol yang digilai ramai di dalam dunia fesyen tapi akhirnya kecundang apabila nasibnya ditukarkan kepada seorang gadis bernama Tong Xiao You (Shen Yue) yang seringkali menghadapi nasib malang sebelum ini.

‘Count Your Lucky Stars’ amat dinanti-nantikan peminat Jerry Yan yang menunggu kemunculan pelakon itu sejak sekian lama.

Sumber: weibo

loading...