Pemfitnah Jaejoong JYJ dihukum denda 3 juta won oleh mahkamah seksyen Suwon hari ini setelah mengambil kira kenyataan berbaur lucah dan cemuhan dibuat ke atas penyanyi itu tak lama dulu.
Dua orang netizen tersebut didapati bersalah kerana melanggar Akta Lindungan Rasmi untuk Informasi dan Komunikasi setelah pihak Jaejoong JYJ menyatakan saman terhadap mereka. Kes ini difahamkan bermula semenjak Jaejoong membuat aduan kepada polis pada tahun 2014 dan netizen yang sama itu juga melakukan perkara sedemikian sekali lagi pada tahun 2018 menyebabkan hukuman denda 3 juta won dikenakan itu agak memadai.
Sebelum ini, Jaejoong JYJ pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan telah menyebarkan riwayat palsu mengenai Covid-19 ketika hari April Fool (1 April 2020) sehingga mendesaknya terus membuat permohonan maaf secara terbuka selepas itu.
Sumber: sport seoul