OK Taecyeon 2PM sertai Song Joong Ki & Jeon Yeo Bin untuk drama bertemakan mafia, tvN Vincenzo

Image may contain: 3 people

Ok Taecyeon telah pun dipilih untuk membintangi drama terbaru terbitan tvN, Vincenzo yang bakal disertai oleh Song Joong Ki dan Jeon Yeo Bin.

Song Joong Ki akan membawakan watak peguam bernama Park Joo Hyung yang bertindak sebagai tuan penasihat buat penjenayah mafia Itali, Vincenzo Cassano. Beliau dibesarkan oleh keluarga yang tinggal di Itali sejak kecil lagi. Manakala, Ok Taecyeon pula akan membawa watak peguam muda bernama Jang Jun Woo, anak kepada keluarga berpendapatan rendah. Beliau seorang yang sangat baik, ikhlas tetapi cuma selalu melakukan kesilapan yang berpanjangan.

Drama ini akan memulakan rentaknya apabila Park Joo Hyung kembali ke Korea dan menemui peguam ternama, Hong Cha Young yang bakal dilakonkan oleh Jeon Yeo Bin. Park Joo Hyung mahu menegakkan keadilan meskipun dengan cara yang jahat sekalipun.

Vincenzo bakal ditulis oleh Park Jae Bum (“KBS Good Doctor”, “KBS Chief Kim/Good Manager”, “SBS The Fiery Priest”) dan mendapat sentuhan sutradara Kim Hee Won (“tvN The Crowned Clown”).

Sumber: my daily

loading...