Tulang pergelangan tangan Taemin SHINEE/Super M retak akibat terjatuh ketika sesi latihan koreografi

Image may contain: 2 people, people standing
Disclaimer: Gambar di sebelah kanan tidak berkenaan dengan kejadian yang berlaku pada hari ini.

Taemin SHINEE mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya selepas terjatuh ketika menjalani latihan koreografi untuk projek album solo terbaru.

Jurucakap SM Entertainment dilaporkan pada 8 Julai 2020 hari ini berkata, “Taemin terjatuh ketika berlatih untuk koreografi album solo terbarunya dan akhirnya menyebabkan keretakan pada pergelangan tangan kanannya. Dia sedang mendapatkan rawatan di hospital dan akan mengubah balik jadual pelancaran album itu selepas sembuh sepenuhnya.”

Taemin dijangka akan mengeluarkan album solo terbaru menjelang Julai ini, menyusul album mini keduanya, ‘WANT’ pada Februari tahun 2019.

Taemin yang ‘debut’ menerusi SHINEE pada 25 Mei 2008, lebih dikenali kerana lagu-lagu solo hitnya seperti Danger, Press Your Number, Move dan Want. Dalam sibuk bergiat aktif dengan projek solo, Taemin turut menumpukan komitmen ke arah pembentukan Super M di mana kumpulan itu berjaya meraih no.1 di dalam carta Billboard 200 pada tahun lalu pada minggu pertama ‘debut’ di Amerika Syarikat.

Sumber: newsen

loading...