‘How You Like That’ menyamai kedudukan ‘Sour Candy’, hanya mampu ‘debut’ no.33 di dalam Billboard Hot 100

Image may contain: 4 people

Blackpink cuba menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat dengan single terbaru, ‘How You Like That’.

Namun, jangkaan untuk melihat kumpulan kpop itu memasuki top 10 single terlaris di Amerika Syarikat pada minggu pertama pelancarannya sedikit meleset apabila ‘How You Like That’ hanya mampu meraih no.33 saja di dalam carta Billboard Hot 100, sekaligus menyamai kedudukan tertinggi dicapai oleh lagu promosi bersama Lady Gaga, ‘Sour Candy’ yang dirilis lebih awal sebelum ini. Ia berikutan laporan berita dicanang-canangkan sebelum ini daripada Guinness World Records yang memperakui Blackpink telah pun memecah rekod dunia, dengan salah satunya ialah rekod tontonan muzik video tertinggi di Youtube di dalam masa 24 jam yang sepatutnya sudah menjamin populariti lagu tersebut di negara Uncle Sam itu.

Billboard Hot 100 menyenaraikan single terlaris di Amerika Syarikat setiap seminggu dengan faktor bilangan penstriman, jualan digital serta bilangan airplays diambilkira dalam menentukan populariti ‘How You Like That’ . Walaubagaimanapun, kedudukan no.33 tersebut masih memadai memandangkan populariti lagu tersebut majoritinya dibantu oleh penstriman berterusan meskipun lagu ini belum lagi dipromosikan sebagai single di Amerika Syarikat melainkan penampilan di program bersama Jimmy Fallon saja. Malah, ia juga pencapaian agak baik oleh mana-mana kumpulan kpop perempuan pernah cuba menembusi pasaran muzik negara itu dengan lima buah single keluaran mereka (Ddu Ddu Ddu Ddu, Kill This Love, Kiss and Make Up dan Sour Candy) telah pun tersenarai di dalam Hot 100, baik sekadar top 100 mahupun top 50. Rekod pencapaian tertinggi oleh artis Korea di dalam Hot 100 masih dipegang oleh Psy pada posisi no. 2 dengan disusuli oleh BTS menerusi lagu ‘On’ pada posisi no. 4 pada awal tahun 2020.

Sumber: Billboard

loading...