Apakah Lee Byung Hun akan kembali bintangi drama dengan karya Noh Hee Kyung?

Nampak gayanya Lee Byung Hun akan kembali membintangi drama selepas “Mr Sunshine” di mana beliau memperolehi anugerah Best Actor 7th CARI Kdrama Awards.

Pada 7 Oktober, BH Entertainment mendedahkan , “Lee Byung Hun telahpun ditawarkan membintangi drama terbaru dari penulis skrip Noh Hee Kyung, dan kini sedang mempertimbangkannya secara positif. ”

Drama terbaru projek Noh Hee Kyung ini berkisarkan tentang aktiviti-aktiviti bantuan yang seringkali dilakukan oleh oleh mereka yang terbabit di dalam “Non-Governmental Organizations (NGO)” dalam menghulurkannya kepada orang yang memerlukan sehingga ke peringkat antarabangsa.  Mengenangkan Noh Hee Kyung terkenal gaya bahasanya tersendiri selain jalan ceritanya yang kena dengan permasalahan sosial masyarakat, penonton boleh mengagakkan nukilan yang lebih kurang sama untuk drama ini juga. Masakan, beliau boleh menerima tiga kali pencalonan Best Scriptwriter CARI Kdrama Awards dan kemenangan bersejarah di Baeksang Art Awards untuk beberapa kali.

Oleh kerana perjalanan drama ini dirahsiakan, belum ada lagi plot cerita yang terperinci malah tajuknya juga belum lagi didedahkan kepada umum. Terdahulu antara tunjang utama drama ini termasuk Han Ji Min, Shin Min Ah, dan Nam Joo Hyuk yang mana masing-masing masih lagi dalam proses perbincangan. Jo In Sung yang juga disebut dalam senarai awal barisan pelakon itu, bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana konflik pertindihan jadual.

Penulis skrip Noh Hee Kyung adalah individu yang bertanggungjawab untuk beberapa drama hit antaranya  tvN “Live” (2018),  SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014) dan SBS “That Winter, The Wind Blows” (2013).

Drama ini menyasarkan untuk tayangan pada tahun hadapan.

Sumber : sports.donga

loading...