Jin BTS tercengang sebaik saja dipeluk seorang ‘lelaki misteri’

Image may contain: 1 person, selfie and closeup

Kim Seok Jin atau manis dipanggil sebagai Jin BTS mengundang sifat ingin tahu netizen apabila memuatnaik gambarnya berswafoto sambil didakap erat seorang lelaki misteri.

Identiti lelaki misteri kemudiannya didedahkan sebagai Jungkook BTS, menurut kapsyen tertulis di atasnya berdasarkan alur rambutnya selain memiliki otot bahu yang besar. Foto itu diambil sewaktu tindakan swafoto Jin tersebut diganggu oleh Jungkook. Lebih menggelikan hati netizen apabila riak muka Jin yang tercengang itu tidak banyak berubah walaupun dipeluk dengan penuh rakus oleh Jungkook memandangkan penyanyi itu memang tersedia dikenali kerana sifat periangnya.

Sementara itu, lagu solo nyanyian Jin, iaitu ‘Moon’ masih lagi mendapat permintaan di pasaran muzik antarabangsa apabila menjurai carta Itunes lebih 40 buah negara. ‘Moon’ merupakan lagu trak B daripada album Map of Soul 7. Disebabkan kesukaannya terhadap bulan, Jin pernah dicadangkan kepada NASA untuk dihadiahkan bulan kepadanya dan NASA sempat bergurau sambil berbalas, “Bulan ini adalah untuk semua termasuklah Kim Seok Jin.”

Sumber: money today

loading...