Julai 2020 tampilkan 9 seleksi drama Korea terbaru untuk tontonan anda!

Image may contain: 9 people, indoor

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Gaiss, July is coming and we are in second phase of 2020! Cepat betul masa berlalu and yes we are still facing with pandemic Covid-19.  AND yes we are now apply the new norm, such wearing mask, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and more. (Keep on repeating this to spread the awareness)

Apapun, drama Korea akan sentiasa ditayangkan. Dah berapa banyak drama tahun 2020 yang korang dah tengok? Setakat ini, mana satu favorite korang? Seperti biasa, penulis tetap setia sediakan list drama Korea terbaru dengan pelbagai seleksi dan genre. Mungkin boleh lagi menambah bucket list korang sedia ada. Well, ada 9 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Julai ini. So, let’s check it out the list.

1. Memorials (KBS)

“Memorials” adalah sebuah drama bertemakan romantik komedi yang berkisarkan mengenai seorang wanita yang seringkali terlibat dalam masalah orang lain, kerap mengemukakan aduan, mencari jalan penyelesaian  serta berjaya temui cinta di pejabat daerah dan seorang lelaki penjawat awam yang sangat patuh pada peraturan yang ditetapkan.

Nana (After School) akan memegang watak Goo Se Ra, atau lebih dikenali sebagai ‘Garden tiger moth’ atau ratu pengadu masalah awam. Goo Se Ra memiliki sifat keyakinan yang tinggi kerana apabila dia menemui sesuatu yang mendatangkan masalah dia akan berterusan membuat aduan dan memastikan aduannya itu akan diselesaikan.

Park Sung Hoon pula diberikan watak Seo Gong Myung, seorang penjawat awam yang akan sentiasa mengikut peraturan. Seo Gong Myung selalu memperkatakan dan menunjukkkan kesalahan orang lain dan sukar untuk didekati. Namun dia juga memiliki personaliti yang ‘clumsy’. Kehidupannya akan jadi lebih menarik apabila bertemu dengan Goo Se Ra.

Naskhah drama ini dihasilkan oleh penulis skrip Moon Hyun Kyung dan diarahkan oleh Hwang Seung Gi. ‘Memorials’ akan bersiaran di Astro KBS World TV Ch 391 dan Ch 392 HD mulai 2 Julai ini bagi mengisi slot drama Khamis-Jumaat jam 9.10 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

2. The Good Detective (JTBC)

“The Good Detective” adalah sebuah drama bertemakan penyiasatan jenayah mengenai seorang seorang detektif yang tidak pernah menyerah kalah dalam mendedahkan kebenaran yang menyakitkan. Drama ini juga akan menggambarkan dunia sebenar detektif yang ingin menangkap penjenayah sehingga ke akhirnya.

Son Hyun Joo akan membawakan watak Gang Do Chang, detektif yang telah berkhidmat selama 18 tahun dan seorang yang sangat tegas, serta sangat setia kepada pasukan penyiasatnya. Kaedah penyiasatannya lebih berdasarkan kepada pengalaman  dan hubungan peribadi daripada penyiasatan sainstifik atau hujah yang baik. Son Hyun Joo memberikan impak yang kuat disetiap produksi dengan kemahiran lakonan hebat aktor veteran itu, jadi penonton mengharapkan untuk menonton transformasi yang bakal dilakukannya dalam “The Good Detective.”

Jang Seung Jo pula melakonkan watak sebagai Oh Ji Hyuk, penyiasat elite selama 9 tahun yang sukar untuk berkongsi tentang perasaanya berikutan kesakitan yang pernah dialami ketika muda.  Dia tidak mudah dibeli dengan wang dan kuasa biarpun mewarisi kekayaan daripada pakciknya. Jang Seung Jo dijangka mendapat perhatian ramai kerana mereka ingin mengetahui bagaimana dia akan membawakan watak Oh Ji Hyuk yang penuh semangat dan mendalam.

Lee Elijah akan mengambil peranan sebagai Jin Seo Kyung, seorang wartawan di Jeonghan Daily selama 5 tahun, dan merupakan salah satu daripada empat akbar harian utama di wilayah Gyeonggi.  Dia sering disalah anggap dek kerana personalitinya yang penuh semangat tetapi dia dengan tegas  tetapi dia tegas mengeluarkan idea-ideanya tanpa sebarang tekanan luar.

“The Good Detective” bakal diarahkan oleh Joo Nam Kok (“Empire of Gold”,”Fantastic”) dan skripnya akan dihasilkan oleh penulis yang pernah bekerja bersama menghasilkan drama “Untouchable”, Choi Jin Won (“The Man in the Mask”, “Big”). Drama ini akan disiarkan menerusi rangkaian JTBC dan Netflix mulai 6 Julai depan. Drama ini telah ditangguh pengambarannya pada April berikutan pandemik Covid-19.

3. That Guy is the Guy / Men Are Men (KBS)

‘That Guy is the Guy’ atau ‘Men Are Men’ merupakan sebuah drama bertemakan komedi romantis. Ia mengisahkan seorang wanita yang memilih untuk kekal bujang setelah beberapa kali kecewa dalam bercinta dan lelaki yang ingin mengubah persepsi wanita tersebut menerusi cinta. Dapatkah hati si wanita direbut kembali oleh dua jejaka yang berbeza personaliti dan kembali bercinta? Cerita ini akan menggabungkan tema kehidupan masa lalu dengan topik yang realistik seperti perkahwinan dan kekal bujang.

Yoon Hyun Min akan membawakan watak Hwang Ji Woo, CEO syarikat farmasi. Oleh kerana dia jarang tersenyum dan kelihatan menyendiri, dia digambarkan sebagai seseorang yang sukar dibaca sejak dia masih muda. Hwang Ji Woo berkemampuan untuk kembali kepada kehidupannya yang lalu.

Hwang Jung Eum pula membawakan watak Seo Hyun Joo, pengurus pasukan webtoon. Dia sangat teliti dalam hal pekerjaannya, dan penulis yang bekerja dengannya telah mencapai No. 1 berkat kerja kerasnya. Biarpun ramai yang cuba untuk mengelak daripada Seo Hyun Joo yang terlalu terperinci, namun pada akhirnya mereka pasti akan kembali merujuk tentang hal pekerjaan dengannya. Biarpun mempunyai personaliti yang mempersona, Seo Hyun Joo sering bernasib malang dalam hal percintaan dan memilih untuk kekal bujang.

Manakala Seo Ji Joon membawakan watak Park Do Gyeom, seorang penulis webcomic yang popular. Dia seorang yang peramah malah dirinya dan Seo Hyun Joo rapat ibarat adik beradik. Namun, dalam diam, Park Do Gyeom sudah lama menaruh hati kepada Seo Hyun Joo.

Men Are Men’ bakal bersiaran mulai 7 Julai depan menerusi rangkaikan KBS World TV Ch 391 dan Ch 392 HD serta boleh ditonton menerusi Astro Go bagi mengisi slot drama Selasa – Rabu mulai pada 9.10 malam.

4. Did We Love / We were in Love (JTBC)

“Did We Love?” adalah sebuah drama bertemakan romantik komedi dan mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian membesarkan anaknya selama 14 tahun. Biarpun telah berputus harap dalam percintaan, empat orang lelaki telah muncul dalam hidupnya dan menghidupkan kembali fasa kedua kehidupan cintanya.

Song Ji Hyo membawakan watak utama sebagai Noh Ae Jung, seorang penerbit filem dan ibu tunggal. Aejung membawa maksud “kasih sayang” atau “cinta” dalam bahasa Korea), jadi disebabkan itu, Noh Ae Jung memiliki kasih sayang serta cinta yang tak ternilai banyaknya untuk dikongsi namun dia memilih untuk fokus kepada kerja dan membesarkan anaknya selama 14 tahun. Saat empat lelaki yang berbeza muncul dalam hidupnya, mereka telah menghidupkan semula perasaannya.

Son Ho Jun melakonkan watak Oh Dae Oh, seorang penulis yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang teruk tapi menggoda. Oh Dae Oh seorang penulis novel bestselling dan penulis skrip yang menghasilkan skrip untuk filem Hollywood, tapi kehidupan sebenarnya terlindung dibalik tabir.

Song Jong Ho pula  diberikan peranan Ryu Jin, seorang lelaki yang menyedihkan (pathetic) tapi bertuah. Ketika di universiti, Ryu Jin digelar “the next Bae Yong Joon,” dan kini dia merupakan pelakon yang sedang meningkat naik dengan panggilan  now he is a rising actor with the nickname of “kawan lelaki terbaik negara” (nation’s best male friend).

Kim Min Joon membawa watak seorang lelaki yang menakutkan tapi seksi, Goo Pa Do, seorang CEO disebuah syarikat kewangan, Nine Capital. Goo Pa Do adalah bekas samseng yang kini telah berubah dengan panggilan baru sebagai “Robin Hood dari industri pinjaman swasta.”

Dalam satu kenyataan menerusi agensinya, Kim Min Joon berkata, “Saya akan menyapa semua orang buat pertama kalinya menerusi drama ini. Saya rasa berdebar tetapi dalam masa yang sama sangat teruja. Saya akan bekerja keras untuk mempersiapkan diri, jadi harap bersabar dan berikan perhatian anda pada projek drama ini dengan penuh minat.”

Akhir sekali, Koo Ja Sung akan membawakan watak Oh Yeon Woo, seorang lelaki muda tapi menarik. Koo Ja Sung merupakan guru pendidikan jasmi dan dengan wajah yang menarik serta senyuman yang menawan menjadikannya guru paling popular di sekolah.

“Did We Love?” akan mula bersiaran pada 8 Julai ini menerusi rangkaian JTBC dan akan mengisi slot drama Rabu – Khamis bagi menggantikan “Mystic Pop-Up Bar”.

5. She Knows Everything (MBC)

“She Knows Everything” atau “Miss Lee Knows” adalah drama Korea pendek yang bertemakan misteri dan berkisarkan mengenai sebuah apartmen lama yang berhadapan dengan pembinaan semula. Pelbagai kejadian misteri telah berlaku di komplek pembangunan semula apartment tersebut.

Lee Goong-Bok (lakonan Kang Sung-Yeon) adalah seorang agen hartanah yang bekerja dengan apartment tersebut. Dia digambarkan seorang yang suka menyibuk, kepoh dan persis makcik bawang selain gemar melibatkan diri dalam urusan orang lain. Sementara itu, In Cheol-Ho (yang dilakonkan oleh Jo Han-Sun) adalah seorang detektif veteran. Keduanya lantas bertemu secara tidak sengaja dan akan bekerjasama untuk mencari kebenaran disebalik kejadian misteri yang terjadi.

“She Knows Everything” diarahkan oleh PD Lee Dong-Hyun. Ini adalah projek ketiganya selepas “Less Than Evil” dan “Golden Garden”, di mana keduanya bersiaran di MBC. Sementara itu, skripnya dihasilkan oleh Seo Young-Hee yang telah memenangi excellence award  di pertandingan drama MBC Drama 2019 MBC.

Drama ini akan bersiaran menerusi Astro OhK TV Asia Ch 394 mulai 9 Julai, bagi mengisi slot Khamis-Jumaat jam 7.50 malam bagi menggantikan drama “Kkonde Intern”. “She Knows Everything” juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

6. Graceful Friends (JTBC) 

Image may contain: 10 people, people sitting, indoor and text

“Graceful Friends” adalah sebuah drama bertemakan misteri mengenai kes pembunuhan yang berlaku di sebuah kejiranan baru yang majoritinya dihuni oleh pasangan suami isteri berusia sekitar 40an. Kejadian tersebut sedikit sebanyak telah menggugat dan mengubah kehidupan penghuni di sana yang selama ini sangat aman damai. Alur cerita yang unik ini telah menyuntik keterujaan penonton kerana ia dilihat sama dengan drama JTBC popular pada tahun 2018 iaitu  “SKY Castle.”

Berdasarkan poster drama yang telah diriliskan pada umum, terlihat tertulis “Semua orang ada rahsia tersendiri. Terutamanya mereka yang rapat dengan anda.”  Pastinya sedikit sebanyak drama ini akan menyuntik elemen suspense pada plot penceritaannya dan akan membuat penonton tertunggu akan episode seterusnya. Tambahan ramai yang ingin mengetahui apakah motif pembunuhan tersebut dan bagaimana kebenaran akan dibongkarkan. Dengan barisan pelakon serta pengarah yang hebat, tidak mustahil drama “Graceful Friend” akan menjadi drama pilihan penonton.

Antara peneraju utama drama ini adalah Yu Jun Sang, Song Yoo Ah, Bae Soo Bin, Han Da Gam, Kim Sung Oh, Kim Hye Eun, Jung Suk Yong, Lee In Hye, Kim Won Hae, dan juga Kim Ji Young. “Graceful Friend” mendapat sentuhan pengarah berpengalaman (PD) Song Hyun Wook yang pernah mengarahkan “Marriage, Not Dating,” “Another Oh Hae Young,” “Introverted Boss,” dan “Beauty Inside.”

“Graceful Friend” akan mula bersiaran pada 10 Julai depan bagi mengisi slot drama Jumaat – Sabtu. Drama ini boleh ditonton di rangkaian JTBC ataupun menerusi Netflix.

7. Train (OCN)

“Train” yang merupakan drama bertema fiksyen suspen, berkisarkan tentang pertembungan seorang pembunuh bersiri dengan seorang lelaki yang kesedihan akibat kematian kekasihnya. Lelaki berkenaan berazam mahu melindungi wanita yang sama dari dimensi berbeza daripada terbunuh sekali lagi.

Yoon Shi Yoon akan membawakan watak sebagai Seo Do Won, ketua pasukan tiga kumpulan terhebat di kedua-dua belah dunia dua dimensi. Demi memburu suspek sehingga ke lubang cacing, Seo Do Won akan berenang sehingga ke laut dalam. Namun, keadaan tertentu memaksanya terperosok ke dunia lain yang berbeza dimensi di mana dia perlu membayar balik hutang dosa yang ditinggalkan oleh ayahnya. Kyung Soo Jin pula akan membawakan watak Han Seo Kyung, seorang pendakwaraya yang tiada rasa ragu-ragu untuk menyatakan rasa cintanya terhadap Seo Do Won manakala Shin So Yul pula sebagai Lee Jung Min, agen penyiasat yang menjadi pembantu Seo Do Won sejak mereka di sekolah rendah lagi dan juga merupakan bekas kekasih lelaki itu.

“Train” ditulis sepenuhnya oleh Park Ga Yeon dan bakal diarahkan oleh sutradara Ryu Seung Jin. Drama ini akan memulakan tayangannya pada 11 Julai depan menerusi rangkaian OCN bagi mengisi slot drama hujung minggu.

8. Chip In / United Effort to Accomplish One Thing (MBC)

“Chip In”adalah drama Korea yang bertemakan komedi hitam (black comedy) dan misteri yang mengisahkan tentang ketamakan serta perebutan kekayaan milik seorang pelukis terkenal. Pelukis tersebut mempunyai seorang anak perempuan dan turut dikelilingi dengan mereka yang mahukan hartanya.

Kim Hye Jung memegang watak Bit-Na, seorang pelajar kolej dan merupakan anak kepada pelukis terkenal yang memiliki aset yang banyak. Persaingan yang sengit bagi merebut kekayaan itu turut melibatkan Bit Na dan ini membuatkannya mencari kebenaran disebalik perebutan tersebut. Kim Hye Jun dikenali menerusi drama siri Netflix iaitu Kingdom sebagai permaisuri.

Oh Na Ra pula memegang watak Ji Hye, bekas model dan ibu kepada Bit-Na. Ji Hye digambarkan memiliki dua karakter, seorang yang penuh kasih sayang dan juga tamak untuk mendapatka hak bagi memiliki kekayaan suaminya.

Menurut penulis skrip, Choi Kyung-ki, drama misteri ini lain dari yang biasa. “Bila fikir mengenai subjek tamak dalam drama ini, saya tertanya-tanya samada sifat tamak itu memang naluri mutlak atau ia boleh dipupuk. Jadi, saya cuba untuk melihat dari kaca mata seseorang yang belum mengenal erti kehidupan sebenar. Oleh itu, saya memilih seorang pelajar kolej yang tidak punya sifat tamak sebagai utama.” Ia sangat seronok untuk mengetahui siapa dalang sebenarnya dan bagaimana setiap karakter akan menghadapi konflik dan mengatasinya.

Drama ini akan menyaksikan mereka yang tamak untuk merebut harta dan apa yang akan mereka lakukan untuk mendapatkannya. Bagaimana pula Bit-Na akan berhadapan dengan pelbagai manusia yang tamak ini. Dan apakah kebenaran disebalik perebutan kekayaaan itu. “Chip-in” merupakan projek kedua sutradara Jin Chang-Gyu sejak debut pada tahun 2018 menerusi “Bad Papa.”

“Chip-in” akan bersiaran di Astro OhK TV Asia Ch 394 mulai 23 Julai, setiap Khamis – Jumaat jam 7.50 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

9. Flower of Evil (tvN)

“Flower of Evil” adalah sebuah drama berunsurkan suspen dan melodrama mengenai psikopat yang menukar identitinya untuk menyembunyikan masa lampaunya yang kejam dan isterinya yang bekerja sebagai detektif pembunuhan cuba untuk merungkai kebenaran. Drama thriller ini akan memperlihatkan perubahan kehidupan pasangan ini daripada kehidupan keluarga yang harmoni kepada adengan-adengan jenayah.

Lee Joon Gi akan membawakan watak Baek Hee Sung, seorang tukang besi. Melalui bengkel besinya, Baek Hee Sung menyara isteri dan anak perempuannya, sekaligus menunjukkan bahawa dia adalah seorang suami dan ayah yang baik.  Baek Hee Sung selesa dengan kerja-kerja rumah serta menjaga anak, seorang lelaki yang tidak mengejar kebendaan dan berpuas hati dengan apa yang dia ada. Bagaimanapun, dia seorang yang tidak berperasaan dan tidak menunjukkan sebarang emosi seperti gembira, sedih, hormat, teruja, simpati, empati, bersalah ataupun tolak ansur.

Moon Chae Won pula memegang watak sebagai isteri Baek Hee Sung, seorang detektif pembuhuhan bernama Cha Ji Won. Walaupun berbadan kecil dan ekspresi muka seperti kanak-kanak mungkin menimbulkan persoalan sama ada dia boleh mengendalikan kes jenayah yang agresif, keperibadiannya yang ingin tahu memberikannya lebih banyak keterujaan daripada ketakutan apabila berdepan dengan keadaan berbahaya. Keseronokkan menyelesaikan kes jenayah memberikan kepuasaan dalam kerjayanya.

‘Flower of Evil’ akan diarahkan oleh PD Kim Chul Gyu (“On the Way to the Airport,” “Chicago Typewriter,” dan “Mother,”) dan skripnya akan dinukilkan oleh Yoo Jung Hee yang pernah menulis skrip “Naked Fireman.” Drama ini akan bersiaran menerusi tvN Asia di Astro Ch 395 dan Unifi TV bermula 23 Julai depan bagi mengisi slot tayangan Khamis – Jumaat jam 9.45 malam. Ia juga boleh ditonton menerusi Astro Go.

 

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys!

loading...