Taeyong NCT127 tidak dapat hadir ke KBS Music Bank kerana masalah kesihatan

Image may contain: 1 person, closeup

SM Entertainment membuat kenyataan bahawa Taeyong NCT127 / SuperM tidak dapat bersama-sama rakan-rakan NCT127 lain untuk membuat persembahan di KBS Music Bank hari ini berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Taeyong tidak dapat ikuti NCT127 ke Music Bank hari ini kerana masalah kesihatan. Kami mohon peminat memahaminya supaya Taeyong dapat menghiburkan kalian kelak,” kata jurucakap agensi itu. Walaubagaimanapun, SM tidak menyatakan secara spesifik masalah kesihatan dialaminya, mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi itu mungkin sedang kemurungan.

Semalam, SM mengancam untuk bertindak tegas terhadap cubaan memfitnah Taeyong selepas cerita bulinya digembar-gemburkan lagi akibat ugutan dibuat oleh seseorang yang mahu mendedahkan bukti lanjut mengenainya.

Sumber: newsis

loading...