Im Si Wan, Shin Se Kyung, Kang Tae Oh & Sooyoung SNSD sah bintangi drama romantik terbaru, JTBC Run On

Image may contain: 5 people, closeup

Kesemua pelakon berikut telah menyatakan persetujuan membintangi drama terbaru jtbc berjudul ‘Run On’.

‘Run On’ berkisarkan dua karakter utama dengan kehidupan berbeza yang mana apabila kali pertama bertemu, mereka mula membuka balik hati mereka yang telah lama terkurung selama ini. Im Si Wan akan membawakan watak atlet lumba lari Ki Sun Kyum, sebelum terpaksa bersara selepas kejadian tertentu yang memaksanya berbuat demikian. Sebaik saja dia menemui Oh Min Joo (lakonan Shin Se Kyung), dia terbuka hati untuk menerima takdir dalam keadaan dirinya yang bukan lagi atlet sukan. Oh Min Joo pun dalam nada yang sama, membuka hatinya yang terkusut selama ini selepas bertemu dengan Ki Sun Kyum.

Sooyoung akan membawakan watak CEO Seo Dan Ah, anak chaebol kepada Seomyung Group yang diperkecilkan kebolehannya kerana jantinanya seorang wanita. Seo Dan Ah menemui Lee Young Hwa (lakonan Kang Tae Oh), seorang pelajar seni lukisan yang agak popular di sekolahnya dan hobinya suka melukis gambar sebarangan di lorong-lorong terkemuka. Pada suatu hari,Lee Young Hwa terpana apabila diarahkan oleh seorang wanita tak dikenali (iaitu Seo Dan Ah) untuk melukiskan potretnya menyebabkan dia terjatuh hati padanya.

jtbc Run On bakal mendapat arahan PD Lee Jae Hoon (“KBS Chief Kim”,”KBS Ghost Detective”) dan penulis skrip Park Min Sook. Ia bakal ditayangkan menjelang musim sejuk akhir tahun ini.

Sumber: enews24

loading...