Park Yoona bersedia untuk merampas Cha Eun Woo daripada tangan Moon Ga Young di dalam tvN True Beauty

Image may contain: 3 people, closeup and text

Park Yoona, pelakon yang dikenali menerusi watak Kang Mira di dalam tvN Hotel Del Luna dan  Cha Seri di dalam jtbc Sky Castle, sedang meneliti tawaran lakonan untuk membawakan watak Kang Sujin pula di dalam drama terbaru tvN True Beauty di samping Moon Ga Young dan Cha Eun Woo.

True Beauty’ yang diadaptasikan daripada webtoon, berkisarkan tentang kisah seorang wanita tak mahu mendedahkan rupanya di khalayak ramai tanpa mengenakan mekap sehingga membawanya mengenali lelaki yang tahu tentang rupa sebenarnya. Moon Ga Young akan membawakan watak utama bernama Im Ju Gyeong.

Cha Eun Woo pula bakal melakonkan watak Lee Su Ho, yakni lelaki yang tampak sempurna dari segi paras rupanya dan merupakan pelajar terbaik di sekolah. Lee Su Ho tidak mudah berkenan dengan gadis-gadis yang mahu mendampinginya dan meluahkan rasa cinta terhadapnya. Pada suatu hari, apabila berhadapan dengan gadis yang disukainya iaitu Im Ju Gyeong, Lee Su Ho yang acapkali menunjukkan sisi dirinya yang tampak tabah dan tegas sebelum ini, tiba-tiba menjadi terkesima dan mudah menggelabah.

Manakala, Park Yoona sebagai Kang Sujin pula digambarkan seorang yang sangat cantik rupawan dan mempunyai potongan badan yang menawan. Sikap yang kurang mesra ditunjukkan oleh Lee Sun Ho terhadapnya membuatkan dia memutuskan untuk merampas Lee Sun Ho daripada tangan Im Ju Gyeong.

True Beauty bakal mendapat arahan PD Kim Sang Hyub (“MBC Extraordinary You”) dan penulis skrip Lee Si Eun (“Rude Miss Young Ae”). Tiada lagi kata putus mengenai tarikh tayangan drama ini.

Sumber: hankooklibo

loading...