Jin BTS kejutkan Yoo Seung Ho dengan trak kopi di lokasi penggambaran tvN Memorist

Kim Seok Jin mengejutkan krew drama tvN Memorist dengan trak kopi yang diserahkannya sendiri kepada Yoo Seung Ho ketika krew-krew sedang menjalani penggambaran di Paju, Gyeonggi.

Di dalam banting tersebut, tulisan itu menyebut, “Bintang dunia, Jin BTS mendedikasikan ini kepada pelakon hebat Yoo Seung Ho.” Kemudian, Yoo Seung Ho membalasnya di instagram, “Kepada bintang dunia Jin, saya sedang menghayati kopi yang diberikan. Daripada pelakon hebat Yoo Seung Ho.”

Pemberian trak topi yang didedikasikan sendiri oleh Jin BTS itu sedikit-sebanyak mendatangkan syak wasangka pada mulanya kerana perkhabaran pertalian antara mereka samada mungkin kawan baik ataupun saudara-mara tidak pernah disebut di dalam mana-mana laporan media sebelum ini. Bagaimanapun, tujuan pemberian trak kopi itu dikatakan sebagai sokongan padu oleh seorang ‘abang’ yang setahun lebih tua daripadanya, terhadap ‘adiknya’ yang sedang bersusah-payah untuk menyiapkan pekerjaannya sebagai pelakon drama Memorist.

tvN Memorist yang sedang hangat ditayangkan boleh ditonton menerusi tvN Asia (Ch 395) dan Unifi TV (Ch 211) mulai 12 Mac, jam 9.45 malam bagi mengisi slot drama Khamis-Jumaat.

Sumber: tv report, instagram Yoo Seung Ho

loading...