Jungkook BTS akhirnya mengaku pernah kunjungi kelab arak di Itaewon

Jungkook BTS akhirnya mengaku pernah mengunjungi kelab arak di Itaewon dalam satu kenyataan dibuat oleh agensinya, Big Hit Entertainment sebentar tadi.

Sebelum ini, desas-desus wujud mengatakan dua orang idol pernah mengunjungi kelab-kelab yang berdekatan dengan Itaewon pada 25 April 2020 meskipun desas-desus itu akhirnya ‘diputuskan’ sebagai berita palsu oleh penyebarnya. Pengakuan Jungkook ini dibuat selepas berita tergempar dikeluarkan oleh Dispatch pagi tadi berhubung empat orang idol pernah mengunjungi sebuah kelab arak berdekatan dengan Itaewon pada 25 April 2020 yang lalu.

Jurucakap agensi itu berkata, “Ya memang betul Jungkook pernah ke Itaewon. Bagaimanapun, dia tidak pergi ke tempat bermasalah yang mana didapati telah tercetusnya kluster Covid-19 terbaharu tersebut…. Jungkook berkunjung ke restoren di Itaewon bersama rakan-rakannya pada malam 25 April 2020. Selepas itu, dia tidak batuk ataupun menghidapi demam. Ujiannya juga didapati negatif. Jungkook betul-betul rasa kesal kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial. Kami memohon maaf”

Sumber: fnnews , IS Plus

loading...