Akan sentiasa berkelakuan baik selepas ini, Jungkook BTS memohon maaf kerana selalu sangat cetuskan kontroversi

Image may contain: 3 people

Jungkook BTS membuat kemunculan sebagai tetamu undangan program bual bicara bersama Honey FM 06.13 di bawah kelolaan DJ Suga. Suga BTS menjadikan segmen radio ini untuk berkomunikasi bersama pendengar secara langsung setiap hari Sabtu.

Dalam berkongsikan lagu terbaru gubahannya sendiri, ‘Still With You’ sebagai kejutan untuk sambutan ulang tahun Fiesta BTS, Jungkook mengaku sudah lama tidak berinteraksi dengan peminat disebabkan kontroversi dirinya mengunjungi Itaewon bersama-sama beberapa rakan-rakan idol lain ketika penjarakkan sosial terhadap wabak Covid-19 diperketatkan. Jungkook akhirnya membuat permohonan maaf di depan peminat.

“Aku berasa bersalah kepada mereka yang bersusah-payah kerana situasi ini, kepada mereka yang bekerja kuat dan abang-abang (merujuk ahli BTS yang lain) yang sentiasa di sisiku. Terutamanya ARMY, yang kusayang, aku rasa mereka menghadapi kesukaran keranaku, maka hatiku ini terasa berat sangat. Aku memang memikirkannya dan telah pun berbincang dengan abang-abang, aku begitu terkesan dengannya ketika sedang bermuhasabah diri. Kerana wujudnya siaran langsung ini, aku mahu cakap mengenainya secara terang-terang. Pada masa depan, aku akan jadi Jungkook yang akan mempertimbangkan segala perbuatanku selalu di mana saja aku berada,” katanya.

Sumber: newsen

loading...