Kim Yo Han berangan jadi seperti Taehyung BTS, cukup bergaya ibarat seorang seniman di atas pentas

Image may contain: 2 people, closeup

Kim Yo Han mengadakan sesi fotografi bersama majalah Star1 bagi edisi Julai sambil berkongsikan pandangannya tentang sambutan ulang pertama-nya di dalam industri kpop.

“Saya mahu lihat diri sendiri dan cuba fikirkan apa yang perlu diperbetulkan. Masih ada kekurangan lagi,” katanya mengenangkan tahun pertama ini adalah tahun yang sibuk buat dirinya.

Bercerita tentang rutin hariannya sepanjang berada di rumah kerana wabak Covid-19 yang lalu, Kim Yo Han telah menghabiskan masa lapang dengan termenung keseorangan, mendengar lagu dan juga bermain games. “Saya suka main ‘mobile games’ seperti nano-blocks,” sebutnya.

Kim Yo Han juga memberi jaminan akan segera ke pentas secepat mungkin. “Saya teringin sangat nak berdiri di atas pentas sambil berinteraksi dengan peminat. Tambahan lagi, saya nak jadi seperti Taehyung BTS kerana beliau telah menunjukkan persembahan cukup berseni seperti seorang seniman,” katanya lagi yang kagum dengan penyanyi daripada kumpulan BTS itu.

Kim Yo Han, bekas ahli X1 dan juara Produce X 101 ini, dijangka akan beraksi di dalam kumpulan kpop baru yang belum dinamakan lagi di bawah naungan agensinya, OUI.

Sumber: heraldpop

loading...