‘Orange Blood’ ENHYPEN kuasai carta iTunes global & album terjual 1.38 juta pada hari pertama rilis

ENHYPEN mengungguli carta iTunes di negara-negara di seluruh dunia dengan keluaran terbaru mereka!

Pada 17 November jam 2 petang KST, ENHYPEN telah buat kemunculan semula mereka yang pastinya sangat dinantikan oleh peminat dengan mini album terbaru mereka “ORANGE BLOOD”. Album ini mengandungi tujuh lagu yang merangkumi pelbagai genre, termasuk “Mortal” (R&B/Soft Pop), “Still Monster” (balada pop), “Blind” (R&B alternatif) “Orange Flower (You Complete Me)” (soft pop), dan “Sweet Venom” (funk/pop) yang juga merupakan lagu utama mereka. “Sweet Venom” dipersembahkan dalam tiga versi berbeza — versi asal Korea (di mana rakan kumpulan JAY bekerja dengan penerbit Slow Rabbit untuk menghasilkan liriknya), versi bahasa Inggeris dan versi hasil kerjasama dengan artis pop Amerika, Bella Poarch

Untuk pengetahuan, sejurus selepas dikeluarkan, kedua-dua mini album dan lagu utamanya melonjak ke puncak carta iTunes di pelbagai negara di seluruh dunia.

Menjelang 10 pagi KST pada 18 November, “ORANGE BLOOD” telah pun menduduki No. 1 di carta Album Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 16 wilayah berbeza, termasuk Indonesia, Mesir dan Filipina. Sementara itu, “Sweet Venom” telah berada di carta No. 1 pada carta Lagu Teratas iTunes di sekurang-kurangnya 12 wilayah berbeza, termasuk Thailand, Poland dan India.

Video muzik ENHYPEN untuk “Sweet Venom” juga telah mendapat tontonan pada kelajuan yang mengagumkan, melebihi 10 juta tontonan dalam tempoh 21 jam pertama tayangannya.

Selain itu juga, menurut Carta Hanteo pada 18 November KST, album mini ke-5 ENHYPEN ‘ORANGE BLOOD’, dikeluarkan pada 17 November, telah terjual sebanyak 1,383,292 salinan pada hari pertama jualannya. Ini dengan mudah mengatasi jumlah jualan minggu pertama sebelumnya yang dicatatkan oleh album mini ke-4 ENHYPEN ‘DARK BLOOD’, yang terjual sebanyak 1,322,516 salinan secara keseluruhan.

Dalam pada itu, ‘Sweet Venom’ turut debut dikedudukan No.58 di carta Lagu-lagu Teratas Spotify Global 200 dengan jumlah strim sebanyak 1,899,720 dalam tempoh masa sehari. Jadi, korang boleh terus strim lagu-lagu dalam mini album “ORANGE BLOOD’ di Spotify.

Tonton juga klip video “Sweet Venom” yang begitu funky dan bertenaga serta irama yang menyegarkan lagi mengasyikkan di mana setiap dari mereka melafazkan cinta abadi mereka.

 

Tahniah kepada ENHYPEN! Sementara itu, ENHYPEN yang dianggotai oleh Jungwon, Heeseung, Jay, Sunghoon, Jake, Sunoo dan Ni-Ki akan memulakan perjalanan sekali lagi untuk siri jelajah FATE ke Asia untuk tujuh pertunjukan di empat bandar (Taipei, Singapore, Macau dan New Clark City, Filipina), bermula pada Januari 2024.

Sumber : 1

loading...