Seventeen, satu-satunya kumpulan kpop dengan single terlaris di Jepun untuk pertengahan tahun 2020

Image may contain: 13 people, people sitting

Seventeen kembali melakarkan sejarah di Jepun dengan jualan single tersangat laris untuk pertengahan tahun 2020.

Dalam senarai dikeluarkan oleh carta Oricon untuk pertengahan tahun 2020 pada 19 Jun 2020, Seventeen satu-satunya kumpulan kpop yang berada di dalam top 10 single terlaris dengan menduduki di tempat kelima secara keseluruhan menerusi single kedua mereka, Fallin’ Flower.

Oricon turut mendedahkan single tersebut telah meraih jualan sebanyak 334,000 unit, mengatasi pencapaian dibuat oleh mereka menerusi single sebelumnya, ‘Happy Ending’ dengan 200,000 unit telah terjual. Mereka menjadi artis antarabangsa lelaki pertama merekodkan jualan melebihi 200,000 unit berturut-turut dengan hanya dua single berbahasa Jepun saja dikeluarkan. Oleh itu, Seventeen hanya di belakang BTS dan Tohoshinki (DBSK/TVXQ) saja untuk perolehan jualan single berbahasa Jepun terbaik pernah dikeluarkan oleh kumpulan kpop lelaki di negara matahari terbit itu.

Sebelum ini, album An Ode dan You Made My Dawn keluaran Seventeen berjaya menduduki no.1 di dalam carta album mingguan Oricon dengan masing-masing telah terjual sebanyak 236,393 unit dan 176,619 unit.

SEVENTEEN dijangka akan mengeluarkan album mini ke-7, Heng:garæ pada 22 Jun ini pada jam 5 petang waktu Malaysia. Album Heng:garæ telah pun mencatatkan pembelian awal melebihi 1.06 juta unit, satu pencapaian sangat hebat sekaligus meletakkan kumpulan kpop itu hanya di belakang EXO dan BTS bagi penjualan album terbanyak pada masa kini. Malah, pembelian awal album ini di Jepun mencatatkan momentum agak di hadapan berdasarkan perhitungan dibuat oleh HMW.

Sumber: edaily

loading...