Youngjae BAP sertai Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun dalam cubaan berlakon drama sageuk buat pertama kali

Image may contain: 3 people, closeup

Youngjae BAP dijangka akan membintangi drama terbaru tvN Queen Chorin di samping Kim Jung Hyun, Shin Hye Sun, Bae Jong Ok dan Kim Tae Woo dalam satu pengesahan dibuatnya sebentar tadi.

tvN Queen Cheorin berkisarkan tentang seorang lelaki dari masa depan dengan rohnya terperangkap dan mendiami tubuh seorang pemaisuri di zaman Joseon. Shin Hye Sun akan membawakan watak Kim So Yong, seorang pemaisuri dengan roh seorang tukang masak lelaki yang terperangkap di dalamnya manakala Kim Jung Hyun pula akan memegang watak raja Cheol Jong, di luarnya tampak senang diperkotak-katikkan kerana suka membuatkan orang tertawa dengan perangainya kelakar tapi di dalam rupanya tajam seperti pisau. Youngjae akan membawakan watak Kim Hwan, anak bongsu orang kaya Kim, antara tulang belakang penting dinasti Joseon.

Ini merupakan lakonan kedua Youngjae BAP untuk tahun 2020 selepas KBS Woman of 9.9 Billion, di mana beliau membawakan watak penggodam genius bernama Kim Seok.

tvN Queen Cheorin bakal ditulis oleh gandingan Park Gye Ok (“KBS Doctor Prisoner”,”KBS Inspiring Generation”) dan Choi Ah Il serta mendapat arahan daripada Yoon Sung Shik (“KBS Hwarang”).

Sumber: news1

loading...