IZONE pecah lagi rekod kumpulan kpop wanita paling laris jualan albumnya di Korea untuk tahun 2020

Image may contain: 12 people

IZONE hampir pasti mencipta rekod sebagai kumpulan kpop wanita yang paling laris jualan album secara keseluruhan untuk tahun 2020 ini di Korea jauh mengatasi TWICE, WJSN, ITZY, dan GFriend dengan sekurang-kurangnya 870,000 unit album telah terjual.

Menurut data Hanteo yang dikeluarkan pada 22 Jun 2020, album mini ke-3 ‘Oneiric Diary’ sudah pun mencatat jualan sekitar 389,334 unit untuk seminggu, sekaligus meleburkan rekod sama yang pernah disandang oleh IZONE juga menerusi album Bloom*Iz sebelum ini dengan 356,313 unit. Malah, kedua-dua album IZONE ini turut menidakkan penguasaan jualan album ‘More&More’ TWICE yang hanya mampu meraih sekitar 332,416 unit saja di dalam seminggu. Berdasarkan data jualan album terkumpul daripada Gaon setakat bulan Mei 2020, secara keseluruhannya album Bloom*Iz sudah pun merekodkan jualan sebanyak 482,353 unit menjadikan jumlah kesemuanya termasuklah Oneiric Diary mencecah 870,000 unit (tak termasuk album-album IZONE terdahulu yang dihitung perkiraannya mulai tahun 2020).

‘Oneiric Diary’ menghasilkan single “Secret Story of the Swan”, yakni sebuah lagu berentakkan EDM dengan lagak IZOne sebagai pari-pari yang akan mengabulkan impian seseorang. Bagi mempromosikannya, IZONE bertanding di dalam beberapa program muzik seperti SBS Inkigayo, Mnet M Countdown dan MBC Music Core.

Sumber: sport khan, Hanteo, Gaon

loading...