Dengan kuasa bulan angsa, IZONE kembali menghukummu!

Image may contain: 7 people

IZ*One kembali mengeluarkan album mini terbaru buat peminat yang dahagakan kemunculannya sejak album Bloom*Iz pada Februari lalu.

Album tersebut yang diberikan judul sebagai ‘Oneiric Diary’ mengandungi tiga buah lagu dipromosikan sebagai single dengan “Secret Story of the Swan” dijadikan sebagai single utama. Ia berkonsepkan gabungan elemen fantasi dan diari dengan memaparkan keseluruhan imej karisma setiap ahli IZONE.

“Secret Story of the Swan” ialah sebuah lagu berentakkan EDM dengan lagak IZOne sebagai pari-pari yang akan mengabulkan impian seseorang.  Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh Mospik manakala ‘Merry Go Around’ pula mendapat sentuhan Hitomi Honda, salah seorang ahli IZ*One sebagai penulis liriknya.

‘Oneiric Diary’ setakat ini telah berjaya meraih jualan sebanyak 152,632 unit sehari menurut Hanteo, sekaligus meletakkan jualan album IZONE secara keseluruhannya melebihi setengah juta unit untuk tahun 2020 ini. Album ini dikeluarkan sehari lebih awal daripada pelancaran single “Secret Story of the Swan”di Youtube pada hari ini, 16 Jun 2020.

Sumber: enews24

loading...