5 Idol ini mungkin bakal dipasangkan dengan Cha Eun Woo kerana menyerupai watak heroin ‘True Beauty’

 Image may contain: 6 people, child, selfie and closeup

Webtoon ‘True Beauty’ bakal diadaptasikan di dalam drama Korea terbaru dengan Cha Eun Woo ASTRO dikatakan sedang menimbangkan tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

True Beauty’ berkisarkan tentang kisah seorang wanita tak mahu mendedahkan rupanya di khalayak ramai tanpa mengenakan mekap sehingga membawanya mengenali lelaki yang tahu tentang rupa sebenarnya. Cha Eun Woo bakal melakonkan watak Lee Su Ho, yakni lelaki yang tampak sempurna dari segi paras rupanya dan merupakan pelajar terbaik di sekolah. Lee Su Ho tidak mudah berkenan dengan gadis-gadis yang mahu mendampinginya dan meluahkan rasa cinta terhadapnya. Pada suatu hari, apabila berhadapan dengan gadis yang disukainya, Lee Su Ho yang acapkali menunjukkan sisi dirinya yang tampak tabah dan tegas sebelum ini, tiba-tiba menjadi terkesima dan mudah menggelabah.

Watak ‘heroin’ webtoon mendapat tumpuan netizen sampaikan ada yang sudah membuat pemilikan pelakon secara maya. Menurut The Fact, lima idol perempuan ini telah disenaraipendek kerana menyerupai watak heroin webtoon berkenaan.

 

1. Seolhyun A0A

2. Kim Min Ju IZ*One

3. Kim Ji Soo Blackpink

4. Song Naeun Apink

5. Jung Chaeyeon DIA

Sumber: The Fact

loading...