Video Kang Daniel disimbahi sinaran lembayung senja ketika ‘comeback’ terbaru TWICE, cetus tanda tanya netizen

Kang Daniel membuat hantaran baru di instagram-nya beberapa minit selepas pelancaran album terbaru TWICE.

Walaupun video dan gambar berlatarkan mentari senja itu tidak ditujukan buat sesiapa, segelintir peminat menganggap ianya sebagai reaksi kepada video klip TWICE ‘More&More’ yang berkonsepkan alam semulajadi. Umum diketahui, Kang Daniel dan Jihyo TWICE sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun mereka jarang sekali membiarkan diri mereka dilihat bermesra-mesra di depan khalayak ramai. Dalam video tersebut, Kang Daniel tersenyum sambil memusingkan kamera ke arah sinaran lembayung senja yang membasahi dirinya.

View this post on Instagram

☀️☀️

A post shared by Daniel Kang (@daniel.k.here) on

View this post on Instagram

서울노을좋음☺️

A post shared by Daniel Kang (@daniel.k.here) on

Untuk perihal terkini mengenainya, Kang Daniel kini sudah mengesahkan akan menyertai konsert ‘online’ “KCON:TACT 2020 Summer” yang turut dibarisi beberapa kumpulan kpop popular seperti Mamamoo, Astro, AITS, Bandit, Cheongha, Cravity, Everglow, ITZY, JO1, Kim Jaehwan, Natie, Enflying, Oh My Girl , OneUs, On&Off, SF9, Stray Kids, Tomorrow By Together (TXT), VeriVery, selain AB6IX, Girlfriend, Golden Child, Eyes One, , Monsta X, Nature, Pentagon, The Boyz, dan juga TOO. Konsert tersebut akan disiarkan di Youtube selama seminggu bermula 20 hingga 26 Jun 2020 ini.

Sumber: xsportnews

loading...