YG sahkan Lisa Blackpink ditipu bekas pengurus sebanyak 3.5 juta ringgit

YG Entertainment mengesahkan berita tentang anak buahnya, Lisa Blackpink telah ditipu oleh bekas pengurus sebanyak 1 billion won (~RM 3.5 juta).

Pada 2 Jun 2020, Market News melaporkan seorang bekas pengurus dikenali sebagai Encik A telah menggunakan duit atas nama Lisa Blackpink untuk berjudi, dan akhirnya telah kerugian sebanyak 3.5 juta ringgit. Encik A dikatakan telah menjaga Lisa sejak ‘debut’ pada tahun 2016 lagi, dan merupakan orang yang sangat dipercayainya selama ini. Encik A bukan saja dipercayai oleh Lisa, malah menjadi orang kepercayaan YG Entertainment selama ini sebelum beliau meletakkan jawatan kemudian.

Sehubungan dengan itu, YG membuat kenyataan rasmi mereka mengenainya. ” Setelah disiasat, kami memang akui Lisa telah ditipu oleh bekas pengurus. Disebabkan Lisa mahu perkara ini diselesaikan senyap-senyap dan bekas pengurusnya itu ialah orang yang dipercayainya, ‘A’ memberi jaminan telah membayar balik separuh daripada hutang tersebut dan meletakkan jawatan serta-merta. Kami ingin memohon maaf kerana telah menyebabkan peminat yang sangat cintakan artis kami, begitu bimbang terhadap berita ini. Kami berasa dipertanggungjawabkan.”

Menurut sebilangan netizen, bekas pengurus dimaksudkan ialah Ju Bong Kyung memandangkan bekas pengurusnya itu tidak lagi menjaganya sejak awal tahun ini berikutan khabar angin mengatakan Jung Bong Kyung telah dipindahkan ke bahagian pengurusan lain.

“Lisa merupakan selebriti Kpop kelahiran luar negara (berasal dari Siam) dan hidup keseorangan di Korea sejak kecil lagi. Beliau mudah terdedah dengan kegiatan penipuan sebegini kerana kepercayaan diberikan kepada orang itu. Betul-betul sangat mencemarkan imej pihak pengurusan Korea,” kata suatu sumber yang tak mahu didedahkan identitinya.

Lisa dijangka akan mengeluarkan album solo pertamanya menjelang September ini.

Sumber: market news, enews24

loading...