[TERKINI] Agensi Kang Daniel dan Jihyo TWICE SAHKAN mereka bahagia menyulam cinta!

 

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang dikalangan para media apabila portal Dispatch mendedahkan Kang Daniel dan Jihyo dikatakan sedang bercinta.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu kedua-dua agensi selebriti terbabit telah membuat kenyataan rasmi yang menegsahkan Kang Daniel dan Jihyo sememangnya kini berada dalam frasa percintaan.

Ini merupakan kenyataan rasmi dari JYP Entertainment:

Benar, Jihyo dan Kang Daniel sedang bercinta. Keduanya kini gembira dan perasaan cinta mereka semakin berkembang

Agensi Kang Daniel juga turut buat kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Hello, kami dari  KONNECT Entertainment.

Pertamanya, maafkan kami keran terlewat mengumumkan berita ini kerana kami perlu memastikan kesahihannya.

Kini, kami dengan yakin mengesahkan Kang Daniel dan Jihyo memang sedang bercinta. Perasaan itu memutik dengan baik antara keduanya.

Sila beri sokongan anda kepada mereka berdua

Pada awal tahun 2019, pengharaman untuk bertemujanji selama 3 tahun dikalangan ahli TWICE telah berakhir dan mereka semua kini bebas memilih untuk terikat dengan dunia percintaan atau sebaliknya.

Tahniah buat Kang Daniel dan Jihyo. Semoga perhubungan mereka direstui peminat dan berkembang dengan baik.

Sumber : xportsnews | sportsseoul | v.daum

 

loading...