TWICE kembali gegarkan industri muzik dengan tarian rimba ‘More&More’ yang mengasyikkan

TWICE akhirnya melancarkan single utama serentak dengan pengeluaran album mini ke-9, ‘More&More’ sebagai hadiah buat peminatnya.

Kali terakhir TWICE mengeluarkan album adalah pada sembilan bulan yang lalu, dengan single ‘Feel Special’ telah dilancarkan. Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda Korea saat ini, TWICE terpaksa membatalkan konsert TWICELIGHTS yang dijadualkan pada Mac lalu di Seoul dan juga beberapa konsert susulan di luar negara.

Bagaimanapun sebaik saja diumumkan kebangkitan mereka semula, pembelian awal album ini telah mencecah jualan sebanyak 500,000 unit sekaligus mengatasi rekod jualan album sebelumnya. Walaupun jualan album yang akan bermula secara rasmi pada 1 hingga 7 Jun 2020 ini tidak dihitung sekali, TWICE telah pun ke hadapan dengan jualan album paling laris dalam kalangan kumpulan kpop wanita untuk tahun 2020, mengatasi rekod yang pernah disandang oleh IZ*One.

Bercakap dengan media, Nayeon berkata, “Apabila kamu jatuh cinta, kamu mahu mengenal lagi mengenainya. Album ini menunjukkan keinginan untuk kenal-mengenal dan mendampingi seseorang yang kamu sukai.” Kenyataan Nayeon dibalas oleh Momo, “Saya boleh jelaskan album ini sebagai ‘Saya mahukan lebih banyak daripada kami’. Pengakuan yang tidak menghentikan seseorang daripada meluahkan emosinya.” Sana turut bersetuju dengan berkata, “Konsep album ini ialah ‘keinginan mustahak’. Itulah yang kami cuba paparkan menerusi foto berkonsep dan muzik video.”

Di luar jangkaan peminat-nya sebelum ini, TWICE membuktikan kelainan album terbaru menerusi tarian rimba ‘More&More’ yang begitu mengasyikkan. Jeonyeon berkata, “Konsep hippie ini tak pernah dicuba oleh TWICE, tapi ia menghasilkan aura yang kuat dan bebas.” Jihyo turut berkongsi pendapatnya sambil berkata, “Konsep lain yang kami cuba terapkan ialah alam semulajadi. Kedua-duanya berlainan satu sama lain. Jika konsep hippie terlalu kuat, maka konsep alam semulajadi akan terasa lebih bersih dan indah sekali.” Mina yang menggabungkan konsep kedua-duanya, berkata, “Walaupun berbeza, kedua-duanya berkongsi satu tema mencari sesuatu di dalam hutan rimba. Jika konsep hippie ini seperti makhluk bebas yang sedang mencari-cari sesuatu di dalam hutan, maka konsep alam semula jadi pula seperti bidadari yang berkeliaran di dalam hutan.”

Dalam pada itu, TWICE mengakui tarian kreografi rimba ‘More&More’ ini paling sukar pernah dilakukan oleh mereka sejak ‘debut’ sekali dan diundi melebihi “Feel Special,” “YES or YES,” “Fancy,” dan “Dance the Night Away”.TWICE turut meletakkan Chaeyeong sebagai ahli paling menyelami konsep visual berbentuk hippie ini.

Album ‘More&More’ boleh didapati di pasaran mulai hari ini. Bagi mempromosikan album ‘More N More’ , TWICE dengan kerjasama aplikasi ‘Tik Tok’ telah pun mengeluarkan lagu di aplikasi tersebut sehari sebelum 1 Jun 2020 menjelma. Kempen #moreandmoretwice dipergiatkan bagi mencabar netizen supaya memaparkan tarian ‘cover’ mereka menerusi ‘Tik Tok’.

Sumber: money today

loading...