Masih ingatkah anda dengan kenyataan Baekhyun dua tahun lalu setelah album keluaran EXO mencatatkan jualan sangat tinggi? Pada masa itu, Baekhyun pernah menyarankan netizen untuk membeli baju sejuk sebagai ganti kepada album tersebut.
Kali ini, dalam nada bergurau, Baekhyun turut berkongsikan sentimen yang sama di dalam satu bual bicara bersama MBC FM4U menerusi slot “Kim Shin Young’s Hope Song at Noon” pada 1 Jun 2020 hari ini.
Ditanya apakah reaksinya setelah mendapati album solo keduanya sudah mencecah jualan sebanyak 700,000 unit di dalam seminggu, Baekhyun berkata, “Pada mulanya saya tak percaya. Peminat kami telah membeli album EXO banyak-banyak dan saya cakap tak perlulah beli lagi, beli lah barangan yang penting untuk diorang seperti baju sejuk dipakai ketika musim salji. Diorang tak nak dengar dan akhirnya beli juga album saya.”
“Saya bimbang jika beli album saya menjadi suatu kewajipan. Saya lebih gembira kalau mereka sudah gunakan duit lebihan untuk diri sendiri, barulah beli album ini kemudiannya,” tambahnya lagi sambil tersenyum.
Dengan pencapaian yang sangat luar biasa ini, Baekhyun hampir pasti mencipta rekod solo terlaris dalam seminggu untuk sepanjang zaman di Korea, malah hanya di belakang BTS utk album terlaris tahun 2020. Data rasmi jualan album ‘Delight dalam seminggu akan dipaparkan oleh Hanteo mulai hari esok dan album ini dijangka akan menduduki posisi no.1 untuk carta album Gaon yang akan diumumkan pada hari Khamis ini.
Sumber: OSEN, sport chosun