Pelakon Choi Ji Woo selamat melahirkan bayi perempuan

Weee~~ tahniah noona Choi Ji Woo yang kini sah bergelar seorang ibu.

Pada 16 Mei, media Korea melaporkan bahawa pelakon ini telah melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi hari ini.

Agensinya, YG Entertainment telah mengesahkan berita ini dan menyatakan, “Ya, Choi Ji Woo telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi ini. Keduanya berada dalam keadaan yang sihat

Her agency YG Entertainment confirmed the news and stated, “Choi Ji Woo gave birth to her daughter this morning. Both the mother and daughter are in good health. Choi Ji Woo kini sedang berehat dan dalam proses berpantang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan ucapan tahniah buat Choi Ji Woo dan bayinya.”

Untuk pengetahuan, Choi Ji Woo telah mengikat tali perkahwinan bersama suami yang bukan dari kalangan selebriti pada Mac 2018. Pada Disember lepas, mereka telah mengumumkan bahawa bakal menimang cahaya mata pertama mereka. Berita kehamilan Choi Ji Woo mendapat liputan meluas media-media serta masyarakat umum kerana aktress itu disahkan hamil pada umur 45 tahun (mengikut kiraan umur Korea).

Kami ucapkan tahniah buat noona Choi Ji Woo dan keluarga!

Sumber : OSEN, enews.imbc

loading...