Rupanya kisah 2 idol mengunjungi kelab arak di Itaewon itu adalah sandiwara semata-mata

Sebelum ini, media melaporkan dua orang idol ternama daripada kumpulan kpop berbeza telah mengunjungi sebuah kelab arak bertempat di Itaewon pada 25 April 2020 lalu ketika saranan untuk mengamalkan penjarakan sosial diperluaskan, berdasarkan pengakuan daripada seorang netizen yang menyaksikan kejadian itu dan dikongsikan di dalam beberapa laman komuniti forum. Bagaimanapun, berita tersebut hanyalah sandiwara semata-mata.

Menurut etoday dan topstarnews, pengguna akaun twitter yang didakwa sebagai ‘saksi’ tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyebarkan kenyataan palsu mengenai kisah dua orang idol tersebut. “Gambar yang disertakan itu tiada kena-mengena dengan artis kpop yang dimaksudkan. Saya minta maaf kerana telah membuat kenyataan palsu dengan menganggapnya sebagai cerita betul. Saya menulisnya tanpa memikirkan ianya tak sepatutnya dibuat,” katanya sebelum bertindak memadamkan akaun twitter kemudiannya. Ketika berita itu tertular di media sosial sejak pagi tadi, ramai netizen membuat spekulasi kedua-dua orang idol tersebut ialah Jungkook BTS dan Cha Eun Woo Astro.

Setakat ini sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 119 orang daripada kluster Itaewon itu telah disahkan menghidapi Covid-19. Song Mino WINNER dan Park Gyuri KARA turut terpalit di dalam kontroversi berkait dengan kluster Itaewon itu pada tempoh hari.

Sumber: etoday, topstarnews

loading...