2 idol ternama daripada kumpulan kpop berbeza kunjungi kelab arak di Itaewon ketika Covid-19 melanda

Beberapa orang netizen di dalam laman komuniti forum mendakwa dua orang idol ternama daripada kumpulan kpop berbeza telah mengunjungi sebuah kelab arak bertempat di Itaewon pada 25 April 2020 lalu ketika saranan untuk mengamalkan penjarakan sosial diperluaskan. Kelab arak tersebut dikatakan terletak lebih kurang 7 minit perjalanan kaki daripada kelab gay terkenal di Itaewon yang mencetuskan kluster baharu mengenai Covid-19 baru-baru ini.

Netizen itu mendakwa ‘A’ menyampaikan persembahan secara ‘busking’ sambil memakai topeng muka. “Mereka (A dan rakan-rakannya) menjamah pizza sebelum meninggalkan tempat tersebut,” katanya.

Apabila diajukan soalan itu kepada salah seorang pekerja kelab arak tersebut, pekerja itu mengesahkan dua orang idol telah mengunjungi kelab  itu pada hari yang sama.

Agensi kedua-dua orang tersebut dihubungi untuk memberikan keterangan mengenainya. “Ia merupakan privasi peribadi artis jagaan kami. Kami tidak boleh mengesahkan samada dia pernah mengunjungi kelab itu, “kata agensi idol A manakala idol B pula hanya menafikan dakwaan tersebut.

Setakat ini sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 119 orang daripada kluster Itaewon itu telah disahkan menghidapi Covid-19.

Sumber: sport khan

loading...