Park Gyuri KARA disyaki pernah kunjungi kelab ternama di Itaewon ketika jangkitan Covid-19 pertama berkaitan dengan kluster itu

Disclaimer: Gambar di sebelah kanan hanya sekadar hiasan.

Park Gyu Ri, bekas ahli kumpulan KARA, dinamakan sebagai artis kpop disyaki pernah mengunjungi kelab gay ternama di Itaewon ketika wabak Covid-19 tengah memuncak di Korea.

“Kami sedang menyiasat dakwaan berkenaan dan cuba mengesahkannya,” kata agensi Creative Flower yang menguruskan Park Gyuri sejak KARA terbubar.

Kelmarin, media melaporkan seorang pengunjung kelab berkenaan yang tidak mempunyai simptom telah didapati positif Covid-19. Parti yang dikunjunginya ketika itu telah dihadiri lebih 1500 orang termasuklah seorang artis daripada kumpulan kpop perempuan terkemuka. Apabila berita itu tertular, artis kpop berkenaan mendapat kecaman kerana tidak mengamalkan penjarakkan sosial. Dinamakan sebagai kluster kelab Itaewon, lebih 86 orang dikesan telah terkena jangkitan dengan 78 orang lelaki dan 8 orang perempuan menurut pengarah Pusat Kuarantin dan Pencegahan Virus, Chung Eun Kyung dalam satu kenyataan pada hari ini.

Selain sibuk menyanyi, Park Gyuri pernah membintangi drama KBS Jang Youngsil dan SBS Empress’s Dignity dan dilihat bercinta dengan seorang kurator bernama Song Ja Ho. Bekas rakan baiknya di dalam kumpulan yang sama, Goo Hara membunuh diri pada bulan November tahun lepas.

Sumber: sport seoul, koreaherald

loading...