Jo Kwon nafi kunjungi kelab di Itaewon, seronok lagi layan drama jtbc The World of The Married di rumah

Jo Kwon meluahkan rasa tidak selesanya terhadap tuduhan netizen yang mengatakan dia pernah mengunjungi kelab baru-baru ini. Ia rentetan daripada berita kluster baharu jangkitan Covid-19 melibatkan pengunjung-pengunjung kelab gay yang beroperasi di Itaewon pada minggu lepas.

Kata seorang netizen tersebut di dalam satu ruangan komentar di dalam instagram miliknya, “Cuba jelaskan apa yang berlaku di kelab minggu lepas.” Jo Kwon segera membalas, “Maaf, aku tak pernah pergi pun. Adakah ini satu gurauan? … Aku lebih seronok lagi menonton drama jtbc The World of The Married di rumah. Sedih sangat cerita itu.”

Jo Kwon seringkali dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti kumpulan LGBT setelah beliau banyak kali tampil melakukan ‘cross-dressing’ sebelum ini. Ahli kumpulan 2AM ini yang lebih banyak menghabiskan masanya di dalam program realiti tv sejak selesai menjalani khidmat negara, akan membuat kemunculan di dalam teater muzikal ‘Jamie’ pada Julai ini.

Sumber: OSEN

loading...