‘Wedding Boys’ – Jung Yong Hwa (CNBLUE), Yoon Doo Joon (Highlight), Lee Joon dan Kwang Hee akan kembali berpadu suara

Weeehuu~~. Sesuatu yang menggembirakan akan menemui anda tak lama lagi.

Pada 11 Mei, Jung Yong Hwa menerusi instagram peribadinya telah berkongsi sebuah poster dengan kapsyen “Jung Yong Hwa’s Reply Project Volume 1. ‘Would you marry me?’ ” Projek terbaru Jung Yong Hwa (CNBLUE) ini akan disertai oleh Yoon Doojoon (Highlight), Lee Joon, dan Kwanghee. Mereka juga turut dikenali sebagai ‘Wedding Boys’.

View this post on Instagram

#너나우리 #정용화 #이준 #윤두준 #황광희

A post shared by 정용화 (@jyheffect0622) on

 

Menurut FNC Entertainment, lagu ini akan dirilis pada 19 Mei dan menjadi lagu perkahwinan yang sangat sesuai dengan kehangatan musim bunga ini kerana melodi dan lirik yang dihasilkan istimewa bagi meraikan pasangan yang akan berkahwin. Lagu ini juga dikatakan memberikan motivasi kepada pasangan yang masih setia bersama biarpun melalui masa-masa yang sukar. “Jung Yong Hwa’s Reply Project” akan menjadi titik permulaan kembali kepada Jung Yong Hwa selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada November lepas. Ia juga satu peluang buat Yong Hwa untuk mengotakan janji yang dibuat bersama peminatnya (sebelum sertai khidmat tentera) yang masih setia menyokong dan menantikan projek terbarunya.

Terdahulu kuartet ini mula muncul dan telah menambat hati ramai penonton dalam episode “Wedding Singers” bagi rancangan variety popular MBC “Infinite Challenge” pada tahun 2016. Nampaknya tahun 2020, Jung Yong Hwa menjemput tiga lagi rakannya untuk kembali bergabung. Bukan sahaja untuk mengimbau kenangan lama tetapi mereka kembali untuk menyanyikan lagu yang masih lagi meraikan pasangan yang akan berkahwin.

“Would you marry me?” akan dilancarkan pada 19 Mei,  jam 6 petang KST. Nantikan versi 2020 kuartet ini yang penulis dapat rasakan akan menambat hati penonton dengan gabungan empat jejaka tampan dengan vokal yang berbeza. Kesemua mereka telah menamatkan khidmat tentera masing-masing dan ini adalah projek ‘comeback’ mereka. Jom saksikan persembahan mereka yang lalu.

Sumber : Newsen

loading...