Tak mampu lagi menanggung beban, Root Entertainment terpaksa lepaskan Girls Alert (GSA) setelah 3 tahun ‘debut’

Root Entertainment membuat pengumuman untuk melepaskan tanggungan ke atas Girls’ Alert mulai hari ini.

Jurucakap agensi itu dipetik di laman kelab peminat kumpulan itu berkata , “Situasi syarikat tidak mengizinkan disebabkan pandemik Covid-19 dan beberapa sebab lain, jadi kami tidak mampu lagi menanggung Girls’ Alert. Oleh itu, kami menamatkan kontrak kesemua ahli berkuat-kuasa serta-merta.”

Jisung, Seul Bi dan Goo Seul  akan menguruskan Girls’ Alert manakala Saetbyul sudah pun memulakan langkah baru dengan menandatangi kontrak bersama agensi lain menyebabkan beliau tidak lagi bersama dengan Girls’ Alert.

Girl’s Alert ‘debut’ tiga tahun lalu dengan album ‘Girl’s Dream’. Antara lagu popular nyanyian mereka ialah Dreamgirls.

Sumber: herald pop

loading...