Ravi VIXX berkolaborasi bersama penyanyi bersuara hebat, Ailee untuk single “Don’t Ask”

Penulis pasti ramai peminat muzik K-Pop terutamanya peminat Ravi dan Ailee tidak sabar menantikan single terbaru mereka “Don’t Ask”. Siapa yang tidak kenal Ailee yang mempunyai vokal yang kuat dan hebat, bahkan menurut satu artikel yang ditemui, menurutnyaher voice is stunning live and proves she needs no auto-tune or editing to sound amazing’. Manakala Ravi pula mempunyai kekuatan dari segi skill rapnya dan juga merupakan penulis lirik disamping bergelar record producer.

“Don’t Ask” akan dilancarkan pada 28 April ini dan akaun Twitter GROOVL1N telah memuat naik satu foto teaser berkaitan single tersebut. Menerusi perkongsian itu menunjukkan bekas teman lelaki menghantar pesanan ringkas pada jam 4.38 pagi dan bertanyakan, ” Macam mana dengan hari anda kebelakangan ini?” , “Awak ada masa tak sekarang?” dan si penerima pesanan ringkas kemudian menjawab, “Jangan tanya.” (“Don’t Ask”)

Apakah Single Ravi dan Ailee ini bersangkut paut dengan patah hati atau cubaan menawan hati si kekasih yang merajuk? Bagaimana agaknya susunan lagu mereka dan bagaimana suara padu Ailee akan dipadankan dengan gaya rapping Ravi.

Penulis tidak sabar menantikan lagu koloborasi mereka berdua. Jadi, ingat ya, “Don’t Ask” akan dilancarkan pada 28 April nanti, jam 6.00 PM KST.

loading...