CRAVITY tewaskan A Pink, NCT 127, WINNER & Suho EXO raih jualan album terlaris pada minggu ini

CRAVITY, kumpulan yang baru saja ditubuhkan dan melancarkan album sulungnya buat pertama kali, menggegarkan industri kpop pada minggu ini apabila meraih jualan album paling laris mengatasi pencabar-pencabarnya termasuklah A Pink.

Album ‘Hideout : Remember Who We Are‎’ keluaran Cravity berjaya memungut jualan sebanyak 53,160 unit, suatu perolehan yang agak besar buat kumpulan yang baru cuba menapak di dalam industri kpop, menurut Hanteo. Mereka juga sudah sudah mula tembusi pasaran muzik di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dengan menjadi kumpulan kpop baru yang pertama berjaya merangkul kedudukan pertama di dalam carta iTunes K-Pop Chart untuk tahun 2020.

Dengan perolehan sebanyak ini, Cravity telah menidakkan penguasaan A Pink menerusi album mini kesembilannya, Look selain NCT 127, WINNER dan Suho masing-masing berada di kedudukan no.2, no.3, no.4 dan no.5 di dalam carta album Gaon pada minggu ini.

Cravity dianggotai oleh 9 orang jejaka ini: Serim, Allen, Jungmo, Woobin, Wonjin, Minhee, Hyungjun, Taeyoung dan Seongmin adalah di bawah pengurusan Starship Entertainment. Dua orang ahlinya, Kang Min Hee dan Song Hyeong Jun merupakan mantan ahli X1 yang telah terbubar pada Januari 2020. Album ini mengandungi 7 buah lagu dengan “Break All of Your Rules” dijadikan sebagai single utama.

loading...