Baru saja dua hari debut, Cravity sudah mula tembusi pasaran muzik di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat

Cravity, kumpulan kpop lelaki ketiga debut sewaktu pandemik Covid-19 selepas TOO dan My.st ini, telah mengejutkan pemerhati muzik kpop dengan kejayaan berterusan bukan saja di Korea, malah di seluruh dunia.

Dengan album sulung dilancarkan pada 14 April 2020, Cravity telah berjaya mengadakan persembahan ‘showcase’ mereka pertama kali di Korea semalam dengan lebih 1 juta pelanggan berjaya ditarik di atas talian Naver dengan 260 juta tanda suka. Lagu ‘Break All The Rules’ yang dijadikan sebagai single utama, juga telah menjana tontonan sebanyak 3 juta orang. Namun, kejayaan itu tidak terhenti di situ saja.

Album berjudul “Hideout: Remember Who We Are – Season1” ini telah menembusi pasaran muzik di seluruh dunia. Mereka menjadi kumpulan kpop baru yang pertama berjaya merangkul kedudukan pertama di dalam carta iTunes K-Pop Chart untuk tahun 2020, membuktikan pengaruh mereka semacam sudah lama bertapak di Amerika Syarikat. Selain Amerika Syarikat, Cravity turut menjulang kedudukan pertama di dalam carta harian Itunes di Malaysia, Sweden, Jepun, Vietnam, Indonesia dan Chile.

Cravity dianggotai oleh 9 orang jejaka ini: Serim, Allen, Jungmo, Woobin, Wonjin, Minhee, Hyungjun, Taeyoung dan Seongmin adalah di bawah pengurusan Starship Entertainment. Dua orang ahlinya, Kang Min Hee dan Song Hyeong Jun merupakan mantan ahli X1 yang telah terbubar pada Januari 2020. Kata Woobin sewaktu ditemuduga semalam, lagu ‘Break All The Rules’ mahu dijadikan sebagai inspirasi buat pendengar supaya mereka dapat membebaskan diri daripada peraturan yang membelenggu hidup mereka.

Sumber: donga, news24

loading...