TWICE akan buat ‘comeback’ album terbaru menjelang Jun ini

TWICE sedang dalam persiapan untuk membuat ‘comeback’ menjelang Jun 2020 ini.

Menurut sumber yang dipetik daripada JYP Entertainment, “Ya TWICE sedang menjalani penggambaran muzik video terbaru. Sebarang jadual aktiviti mereka sedang dikoordinasikan, maka tarikh belum dapat diumumkan lagi.” Ia sebagai tindakbalas terhadap laporan terdahulu mengatakan TWICE akan membuat ‘comeback’ pada Jun ini.

Kali terakhir TWICE mengeluarkan album adalah pada sembilan bulan yang lalu, dengan single ‘Feel Special’ telah dilancarkan. Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda Korea saat ini, TWICE terpaksa membatalkan konsert TWICELIGHTS yang dijadualkan pada Mac lalu di Seoul dan juga beberapa konsert susulan di luar negara.

Sumber: heraldpop

loading...