“Saya nak orang panggil saya jahat” – Nam Yoon Soo ditanya tentang lakonan terbarunya di dalam Netflix Human Class

Nam Yoon Soo menceritakan serba-sedikit lakonannya di dalam drama terbaru terbitan Netflix, Human Class menerusi sesi piktorial bersama majalah Marie Clarie.

Ditanya tentang kebimbangannya sejak mula berlakon, Nam Yoon Soo berkata, “Saya sekadar membaca skrip, cuba berlakon dan bayangkannya.”

Nam Yoon Soo akan membawakan watak Kwak Ki Tae di dalam Netflix Human Class bersama-sama dengan Kim Dong Hee. Nam Yoon Soo akan tampil sebagai pelakon antagonis untuk siri tersebut. “Saya nak orang panggil saya jahat kerana ‘Human Class’ merupakan satu sisi perubahan baru di dalam lakonan saya dan mahu penonton mendalami watak itu.”

Nam Yoon Soo pernah membintangi drama web ‘I am Not A Robot’.

Sumber: xsportnews

loading...