Pihak produksi akan menyiarkan drama Korea berkonsepkan ‘yaoi’ untuk pertama kali dalam sejarah

Dari kiri: Jang Eui Soo dan Han Gi Chan

Sebuah drama korea berkisarkan tentang cinta sejenis sesama lelaki (“yaoi”) bakal disiarkan, difahamkan buat pertama kali dalam sejarah produksi drama negara itu.

Diberikan judul sebagai “Where Your Eyes Linger” bertemakan BL (Boys Love), drama ini bakal dilakonkan oleh bekas pelatih Produce X 101, Han Gi Chan bergandingan bersama dengan Jang Eui Su, pelakon lelaki yang dikenali menerusi drama-drama seperti MBC Bad Papa, tvN He is Psychometric. dan terkini, tvN Memorist.

Ia berkisarkan tentang Tae Joo (lakonan Han Gi Chan) seorang chaebol yang bergelar “ahli kerabat diraja” dan seringkali mendapat perlindungan daripada kawan baik merangkap sebagai pengawalnya, Gook (lakonan Jang Eui Su). Keintiman hubungan mereka akhirnya menjurus kepada hubungan cinta sejenis terjalin antara kedua-duanya. Turut sama membintangi drama ini ialah Choi Gyu Ri yang akan membawakan watak Hye Min, seorang gadis cemburu dengan keintiman hubungan antara Tae Joo dan Gook, sehingga Gook menganggapnya sebagai pesaing cinta yang didambai ke atas Tae Joo.

Sebelum ini, pihak produksi dilihat menerapkan elemen-elemen berkisarkan LGBT di dalam drama keluaran mereka walaupun hanya secara sampingan saja, antaranya menerusi drama Reply 1997, jtbc Moment of Eighteen, MBC Love With Flaws, jtbc Itaewon Class, dan SBS It’s Okay That’s Love. Namun, genre sebegini lebih berani dan mudah dipertontonkan melalui layar perak, contohnya, filem Frozen Flower dan bukannya cabang ‘mainstream’ seperti drama korea.

“Where Your Eyes Linger”berjumlah 8 episod dengan durasi sebanyak 10 minit bagi setiap episod, akan disiarkan pada 22 Mei 2020 ini dan diarahkan oleh Hwang Da Seul untuk slot drama web.

Sumber: news1, forbes

loading...