Tengah syok dengar lagu ‘Wednesday Afternoon’, Jungkook BTS belanja dua gambar swafoto berkaca mata

Jungkook BTS menghadiahkan beberapa gambarnya berkaca mata buat peminat.

Dalam satu hantaran dibuat menerusi twitter rasmi BTS, Jungkook berkata, “Sangat bagus untuk duduk keseorangan sambil dengar lagu. Saya juga bekerja kuat hari ini #BOTD #BTS_OF_THE_DAY”. Jungkook dilihat mengenakan jaket berwarna hitam dan memakai kaca mata, sesuatu yang jarang dipertontonkan di depan khalayak. Jungkook turut menyertakan kapsyen gambar dirinya sedang mendengar lagu ‘Wednesday Afternoon’ oleh FAIRGAME.

Rata-rata netizen berasa teruja dengan hadiah bergambar tersebut memandangkan mereka juga ingin tahu tentang kehidupan peribadi penyanyi itu selain melihatnya bergiat aktif secara berkumpulan.

BTS kini sedang mempergiatkan kempen #dudukrumah di samping mempromosikan album ‘Map of The Soul : 7’ yang dilancarkan sejak Februari lalu. Album ‘Map of The Soul : 7’ masih kekal berada di dalam top 10 carta album Gaon selama lapan minggu berturut-turut, membuktikan dominasi kumpulan itu masih tetap relevan di Korea.

Sumber: twitter BTS

loading...