Apa dosa yang Jeon So Min buat sehingga adiknya menjadi mangsa kutukan peminat “Running Man” di luar negara?

Pengumuman Jeon So Min untuk berehat sementara daripada “Running Man” kerana masalah kesihatan yang dihadapinya, telah mengundang tindakan melampau daripada segelintir peminat “Running Man” yang menghubungi adiknya sendiri untuk memaksa Jeon So Min dikeluarkan daripada “Running Man” serta-merta.

Pada 13 April 2020, adik lelaki Jeon So Min, Jeon Wook Min mendedahkan beberapa keratan mesej yang diterimanya daripada instagram. Antaranya, peminat itu yang berasal dari luar negara, mendakwa Jeon So Min pernah berlakon do dalam satu produksi filem lucah di Jepun dan beriktihar untuk mengganggu ahli keluarga selagi Jeon So Min tidak menyatakan keinginan untuk meninggalkan “Running Man” buat selama-lamanya. Jeon Wook Min menyifatkan tuduhan ke atas kakaknya adalah sangat liar dan melampau.

Dari kiri: Song Ji Hyo dan Jeon So Min

Berikutan pendedahan oleh Jeon Wook Min itu, peminat “Running Man” dalam kalangan rakyat Korea tampil mempertahankan Jeon So Min. Kata mereka, kehadiran Jeon So Min di dalam Running Man tambah menyerikan rancangan itu setelah bergelut dengan rating yang kian merundum saban tahun. Sumber mendedahkan perdebatan antara peminat “Running Man” di luar negara termasuklah Malaysia dan Indonesia ini berlaku kerana sangkaan mereka bahawa watak heroin yang telah diperuntukkan sekian lama pada Song Ji Hyo, kini telah beralih secara beransur-ansur kepada Jeon So Min.

Jeon So Min menyertai “Running Man” sebagai ahli tetap pada tahun 2017. Beliau kini sedang menandatangi kontrak secara rasmi bersama King Kong di bawah Starship Entertainment, agensi yang mengendalikan Lee Kwang Soo, rakannya yang sama di dalam “Running Man”.

Sumber: hankookilbo, IS Plus

loading...