Rating drama ‘A Piece of Your Mind’ makin jatuh teruk, pihak produksi tvN terpaksa pendekkan jadi 12 episod

Rating drama tvN ‘A Piece of Your Mind’ atau nama lainnya, ‘Half of a Half’ yang makin jatuh saban minggu, menjadi penyebab kepada keputusan yang diambil oleh pihak produksi untuk memendekkannya kepada 12 episod saja.

Rating drama ini pada episod pertama ialah 2.44% sebelum turun ke paras terendah di dalam sejarah cenel itu dalam tempoh dua tahun, iaitu 1.12% pada episod terkini ditayang kelmarin. Jurucakap pihak produksi dipetik berkata, “Kami memutuskan untuk mempercepatkan ‘flow’ jalan cerita dengan 12 episod saja. Kisah cinta dua orang ini akan dipercepatkan sehingga drama ini berakhir.”

tvN ‘A Piece of Your Mind’ yang diterajui oleh Jung Hae In dan Cha Sae Bin ini, mengisahkan kisah cinta dari perspektif seorang pereka program genius (artificial intelligence (AI) programmer) yang percaya bahawa walaupun hanya terdapat ruang kecil buat dirinya dalam hati mereka yang penting baginya, itu sudah cukup dan memadai buat jurutera audio (classical recording engineer/audio engineer) yang dikasihinya.

Sumber: heraldpop

loading...