Suasana hiba menyelubungi peminat tika pelancaran album ketiga WINNER hari ini tanpa Jinu di sisi

WINNER akan melancarkan album ketiga, ‘Remember’ pada hari ini seminggu selepas single ‘Hold’ dikeluarkan.

Menjelang hari pelancarannya, suasana hiba menyelubungi peminat yang rata-ratanya belum dapat menerima kehilangan Jinu selepas penyanyi itu diarahkan untuk berkhidmat dengan ketenteraan. WINNER meluahkan perasaan terbuku di hati mereka selama ini menerusi album ketiga ini. “Secara metaphornya, saya sudah selesaikan mesej untuk peminat terus mengingati kami,” kata Song Mino yang merupakan komposer dan penulis lirik lagu ‘Remember’.

Album tersebut turut mendedikasikan ketiadaan Jinu dengan lagu solonya, ‘Dduk’ yang digubah sendiri oleh Kang Seung Yoon dan dimuatkan sekali didalamnya. “Ia seperti ucapan selamat tinggal, tapi sebenarnya, watak-watak utama di dalam lirik ini tidak akan berpisah,” kata Kang Seung Yoon.

Album ‘Remember’ boleh didapati bermula jam 5 petang ini waktu Malaysia.

Sumber: newsis

loading...