Yoonhak Supernova dikecam kerana tidak kuarantin diri sendiri setelah pulang, dikhuatiri telah menjangkiti ratusan orang

Yoonhak Supernova menjadi artis Kpop pertama dijangkiti virus corona Covid-19 setelah ujian mendapatinya positif.

Kecaman mula dilemparkan ke atasnya apabila orang yang ditemuinya di Korea ketika pulang dari Jepun didapati telah positif Covid-19. Netizen mempersoalkan kecuaiannya tidak mengkuarantin diri sendiri selama dua minggu seperti dikehendaki oleh kerajaan Korea sebaik saja pulang daripada mengunjungi mana-mana negara.

Orang itu pula, dikenali sebagai Encik A, berkerja di sebuah kedai dengan lebih 150 orang pekerja dan menemui pelanggan-pelanggannya dalam ratusan orang. Siasatan mendapati kira-kira 500 orang telah berhubung secara dekat dengan Encik A dalam tempoh sebelum ujian itu dilakukan. Malangnya, Encik A menyembunyikan status pekerjaan sewaktu siasatan awal dan pihak berkuasa hanya dimaklumkan lewat ketika ujian telah dilakukan.

Berikutan tersebarnya berita tersebut, rata-rata menyalahkan Yoonhak kerana cuai dan tak bertanggungjawab sehingga secara tak langsung menyebabkan dirinya menjadi pembawa virus berkenaan kepada ratusan yang lain. Yoonhak kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: herald pop

loading...