Kim Sun Ho, Suzy & Nam Joo Hyuk akan ke set penggambaran drama tvN Start Up bermula minggu ini

Kim Seon Ho, Suzy dan Nam Joo Hyuk telah bersetuju untuk membintangi drama tvN Start Up atau nama lainnya, Sandbox.

Menurut Joy News, kesemua pelakon telah pun menjalani sesi pembacaan skrip dan bersedia untuk ke set penggambaran seawal-awalnya pada minggu ini.

 tvN Start Up berkisarkan tentang seorang wanita yang mengimpikan untuk menjadi Steve Jobs dan seorang lelaki yang menjadi tulang belakang kejayaannya, juga sebagai lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Suzy akan membawakan watak Seo Dal Mi, pelajar memasuki kolej tapi terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana alasan tertentu dan akhirnya keluar kolej tanpa sebarang ijazah atau diploma kerana mahu menghasilkan sesuatu projek yang bernilai 100 juta. Dengan berbekalkan ‘Sandbox’ ibarat Silicon Valley Korea (‘Silicon Valley’ adalah merujuk kepada kawasan pengindustrian berteknologi tinggi yang terkenal di Amerika Syarikat) di mana Google dan Amazon versi Korea mungkin bakal dicetuskan, Seo Dal Mi seterusnya bersaing dalam rangkaian konglomerat generasi kedua di Korea dalam menggapai impiannya untuk menjadi seperti Steve Jobs.

Nam Joo Hyuk pula akan menjadi gek komputer bernama Nam Do San yang mahir dalam ilmu ‘coding’, yakni penggerak utama syarikat yang diusahakannya sendiri, Samsan Tech. Semenjak kecil lagi, Nam Joo Hyuk yang merupakan anak kebanggaan keluarganya Nam, pernah memenangi hadiah utama pertandingan matematik sedunia, Math Olympiad. Namun, lima belas tahun kemudian, dia seakan-akan terkapai-kapai dan menyebabkan keluarganya berasa malu seketika. Dia akhirnya berjaya menubuhkan syarikat Samsan Tech tersendiri. Pertemuan antaranya dengan Suzy pasti akan membuatkan penonton tak sabar untuk menantikan gandingan mereka.

Manakala, Kim Seon Ho pula sebagai Han Ji Pyeong, yakni merangkap ketua kumpulan senior di unit pelaburan syarikat. Beliau seorang yang sangat berjaya dengan memiliki kereta yang mahal, majalah bergambar lelaki, serta rumah agam selain bergaji besar di bawah syarikat yang mungkin dikendalikan oleh Nam Joo Hyuk. Turut sama menyertai drama ini ialah Kang Ha Na.

tvN Start Up bakal mendapatkan sutradara Oh Chung Hwan (“SBS Doctors”,”SBS While You Are Sleeping”,”tvN Hotel del Luna”) dan penulis skrip Park Hye Ryun (“KBS Dream High”,”SBS While You Were Sleeping”,”SBS Pinocchio”,”SBS I Hear Your Voice”). Inii merupakan projek ketiga Suzy bersama penulis skrip Park Hye Run selepas KBS Dream High dan SBS While You Were Sleeping.  tvN Start Up dirancangkan tayangannya menjelang pertengahan tahun 2020 ini.

Sumber: joynews24, kmania1, ytn

loading...